Friday, June 5, 2015

Anniversary Day


Pada hari Selasa baru ni kan, our 9th wedding anniversary. Ikutkan boleh je nak celebrate hari minggu nanti, tapi ai saja je nak juga keluar haritu. Dapat curi masa sekejap enZaf pun jadila. Gedikkan nak juga 2hb. Kalau tarikh lain feel tu dah lain hahaha Kebetulan hari Selasa, Zahra ada kelas kat Eye Level. Alang-alang tu kami ke OU je la. Kami hantar Zara belajar dulu, kemudian jalan-jalan pusing OU menghabiskan masa sampai Zahra habis kelas. Ai ambil gambar Ariq yang masih tak tahu lagi nak buat tanda peace. Jari tak boleh nak tutup haha, yang dia selalu buat 1 Malaysia dia tu je kan hihi



Ambil gambar Aliah pula. Budak ni tak habis-habis minta belikan toys tapi Daddynya tak layan. Asal tiap kali keluar nak toys. Ada je dia tu tau, kalau la ikutkan kehendak dia tu mahunya bankrupt Daddy dia hahaha



Lepas Zahra dah habis kelas, ai terus ajak enZaf ke Chili's. Lama kami tak makan kat sana. Teringin pula.



Thank you enZaf, sudi luangkan masa untuk kami walaupun tau sibuk. Mujur dia kata okay :)



Kat Chili's kami tak makan banyak mana pun. Masuk pun dalam pukul 5 petang, kira tea time je la. enZaf order Skillet Queso. Pembuka selera kesukaan semua orang.



Tak ingat pula ada order makanan apa lagi. Bila tak ambil gambar macam ni la, ai cepat lupa. Update blog selalu lambat haha Tapi gambar yang bawah ni tak lupa :p Makan ni pun sempena anniversary dan tentu-tentulah ai nak Molten Chocolate Cake.



Diet??!! apa tu hahahaha tapi anak-anak yang laju perabiskan. Nak makan sorang tak habisnya. Bukan boleh makan banyak pun, ai jenis cepat muak. Dapat rasa pun dah cukup. Dah selesai makan kami sambung jalan sekejap. Tengah-tengah jalan sempat ambil gambar berdua. Thank you akak Zahra snapkan gambar ni.



Thank you for everything Yang!! Weekend ni baru kita makan besar kan kan kan haha Agak-agak ada hadiah tak anniversary ni hahahahaha Dasar materialistik sungguh :p

2 comments:

annapeje said...

untungla sure dpt adiah besar hehe ...mak menangis di tepi perigi jek :P

BAYU HEBAT SDN. BHD said...

happy anniversary to yati n zaff