Sunday, June 23, 2013

Jerebu Menyerang


Semalam ada jerebu sket,
tapi harini makin teruk.

Slalunya pagi2 ai akan bukak tingkap.
Menikmati cuaca sejuk yg berkabus,
kat blakang hutan simpan tu.

Tapi kali ni takde maknanya,
sbb ianya bukan kabus.
Tapi ada lah jerebu.
Sangat tebal okeh.
Jerebu tu satu hal,
ni siap dgn bau asap huhuhu
Cahaya matahari pun samar2
sbb dah diselaputi ngan jerebu.



Cuaca tak elok ni,
jangan wat aktiviti luar yer.
Nak nak cam ai yg ada anak2 kecik.
Pastu ibu2 mengandung semua,
dok umah diam2 hehe
Eh semua orang la senang,
jangan keluar rumah dalam tempoh agak lama.

Tempat korang jerebu teruk gak ke..?

Nah sila baca langkah2 berhati2 ketika jerebu.

•Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap
•Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
•Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal
•Sentiasa basuh bahagian yang terdedah seperti muka dan mandi dengan kerap
•Sentiasa minum air kosong/mineral.
•Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan
•Pesakit yang penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah teruk.
•Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit, tidak merokok di dalam rumah.
•Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah.
•Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
•Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat,
•Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.



2 comments:

DaZzlingLilLy said...

Tu la i tgk tv,teruk jerebu kt area kl dgn selatam..take care yer yati and family..

LindaF said...

Kita pon duduk rumah je. Sbb baru baik demam dan sakit mata