Wednesday, June 12, 2013

dip 'n dip Bangsar


Jalan2 cari makan dengan family ai kat Dip'n Dip, Bangsar. Kami sampai dalam pukul 5 petang, sampai-sampai saja tengok ramai betul orang beratur. Ini gara-gara adik-adik ai yang nak sangat makan kat sini. Kalau ikutkan ai malas dah nak masuk tapi jauh kami datang nak tak nak gigih juga la beratur. Dah masuk dalam kedai baru ai ambil gambar. Ambil je gambar, ordernya kemudian. Penat berdiri tak habis lagi haha..



Disebabkan ini pertama kali makan kat Dip'n Dip, masing-masing teruja bila tengok menu. Semua benda nak rasa. Gambar-gambar di bawah ini antara yang diorder oleh kami ialah :) Chocolate Waffle



Tripple Crepe



Waffle Stick



Fettuccini



Dip Crispies



Brownies Crepe



Dip n Dip Crepe



Ha tu dia.. banyak betul order. Ketamakan berlaku hohoho.. Portion setiap makanan ni agak besar juga. Bagi ai satu hidangan boleh dikongsi dengan dua atau tiga orang makan. Pada siapa yang hantu cokelat, makan sorang pun boleh habis. Macam ai ini adik-adikku la yang habiskan. Untuk ai yang masih muda juga umur 30-an ;) hanya makan sedikit saja. Sejenis cepat muak, penuh dengan cokelat. Bagi ai menu-menu ini semua lebih kurang sama je. Cokelat itu dah tentu sama rasa, yang membezakan menu tu adalah gabungan cokelat itu. Samada kita nak yang brownie, crepe atau pun waffle. Ada banyak lagi pilihan lain tapi lebih kurang macam itu lah. Lagi satu bila dah makan makanan manis, elok minum dengan air kosong sahaja. Kalau minum juga dengan air manis, tak boleh masuk ai. Tapi berbeza dengan adik-adik ai ini, boleh lagi order Milk Shake Tea bagai. Entah berapa banyak gula dah masuk dalam badan tu hihihi... Eh tapi kalau minum air Lemon Tea Shakes tu ai suka, airnya tak manis sangat. Bila kita rasa muak makan cokelat, cepat-cepat minum lemon tu. Hilang rasa muak tu.

Ai perhati sepanjang kami duduk dalam kedai ini, tak putus-putus pelanggan masuk. Dari kami beratur sampai habis makan ini pun beratur masih panjang lagi. Datang hari minggu memang sesak sangat. Ai suggestkan kalau nak datang, datanglah pada hari biasa. Dip'n Dip ni ada di Bangsar, Jalan Telawi 3. Kedai shoplot berdekatan dengan Bangsar Village (BV) II. Kalau nak pergi parking dalam BV dan jalan kaki ke situ. Dekat sahaja. Slogan Dip'n Dip ini "a taste will make u :)" Makan cokelat makanan yang sedap tentulah buat kita smile kan hehe..

7 comments:

annapeje said...

hoi dah bape blog dah baca pasal dip2 neh ahahha tp apakan daya x mampu lg nk pg wakaaka

mummy_ayu said...

tu la..teringin gak nak gie terjah kat sana..

Dee said...

i dah penah makan sini..tapi serius i rasa tak worth it dgn harga..mcm baik i gi mkn kat TGIF ke..lagi puashati..hahaha..

adventure mama said...

hahaha...macam sedap..jauh ler plak kat bangsar...tp kalo byk2 coklat muak ler plak kannn

Nurhayati said...

kan. harga mmg mahal. tp takpe la at least kita merasa. sesaja nak dtg lagi tu nanti2 lah haha

attyfir said...

semua coklat ye yati..ni sapa peminat coklat mesti suka..

CuTeMiUt78 said...

salam yati... lama tak singgah sini... byk story mory tertinggal.. wah coklat semuanya.. terliur dah ni