Thursday, April 1, 2010

Tahniah dari KakLongmu ini...

dipetik dari utusan dan the star online
Cousinku ranking #22


30 pelajar terima Biasiswa Nasional

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 31 Mac - Pejabat Perdana Menteri hari ini mengumumkan 30 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu yang dipilih untuk mengikuti Program Biasiswa Nasional 2010.

Program penajaan itu bertujuan menyediakan biasiswa berprestij untuk pelajar-pelajar lepasan SPM yang paling cemerlang mengikuti pengajian ke universiti-universiti terkemuka di peringkat ijazah pertama di dalam dan luar negara.

Sebelum itu, mereka akan mengikuti kursus persediaan di pusat-pusat persediaan dalam negara yang ditetapkan oleh kerajaan.

''Setiap pelajar dikehendaki mencapai tahap kecemerlangan ditetapkan semasa di peringkat persediaan bagi melayakkan mereka meneruskan pengajian di luar negara,'' kata kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

Oktober lalu, semasa membentangkan Bajet 2010, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan seramai 30 pelajar terbaik berasaskan merit akan diberi biasiswa nasional untuk melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka dunia.

Sehubungan itu, seramai 30 pelajar paling cemerlang daripada kalangan pelajar yang mendapat A+ bagi semua mata pelajaran dalam peperiksaan SPM 2009 dikenalpasti oleh Kementerian Pelajaran untuk mengikuti program tajaan tersebut.

''Program penajaan ini bertujuan menyediakan biasiswa berprestij untuk pelajar-pelajar lepasan SPM yang paling cemerlang dalam melahirkan modal insan berkualiti untuk menjamin kesinambungan keupayaan negara pada masa depan,'' kata kenyataan itu.

Sementara itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hassan ketika dihubungi mengucapkan tahniah kepada kesemua pelajar yang terpilih.

Menurutnya, selain memberi pertimbangan pada pencapaian akademik yang cemerlang, kerajaan juga perlu melihat kepada aspek lain untuk membuat penilaian seperti kokurikulum, sukan, keterampilan dan pergaulan setiap pelajar.

''Mereka ini merupakan ikon negara yang ingin kita lahirkan. Jadi, mereka perlu menjadi contoh, ikutan dan kebanggaan negara pada masa depan," katanya.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan perlu menyediakan pendekatan bersepadu di samping akademik bagi melahirkan modal insan negara yang cemerlang melibatkan semua aspek.


Following is the list of the students:

1. Gladys Tan Yee Kim (SMK Green Road, Kuching)

2. Grace Kiew Sze-Ern (SMK Perempuan Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor)

3. Khadijah Ahmad Jais (SM Agama Persekutuan, Labu, Negri Sembilan)

4. Akmal Hidayat Sabri (SMK Derma, Kangar)

5. Syamilah Mahali (Tunku Kurshiah College, Seremban)

6. Amelia Lee Wei Ling (SMK Taman Melawati, Gombak, Selangor)

7. Nur Syuhadah Muhamad (SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Baru)

8. Lai Yin Kwin (SMK Tinggi Malacca)

9. Corinne Gunn Huey Min (SMK Taman Melawati, Gombak, Selangor)

10. Hu May Khei (SMK Convent, Taiping, Perak)

11. Muhammad Amal Aiman Mohd Yusof (Mara Junior Science College (MRSM) Kota Baru)

12. Kuah Jia Ying (SMK Bukit Jambul, Penang)

13. Chean Chung Shen (SMK Methodist (ACS) Sitiawan)

14. Ahmad Zhafir Zulkfli alias Zulkifli (Integrated Fully Residential School (SBPI) Temerloh)

15. Goh Diangde (SMK Derma, Kangar)

16. Ameenah Azman (Tunku Kurshiah College, Seremban)

17. Erin Chuah Wei Yen (SMK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur)

18. Mohamad Syukri Azmi (MRSM Kota Baru)

19. Muhammad Syafiq Kamarulzaman (SBPI Selandar)

20. Neelam Devi Nath (SMK Buloh Kasap, Segamat, Johor)

21. Ooi Hui Lynn (SMK Convent Green Lane, Penang)

22. Nurliyana Sanusi (MRSM Kota Baru)

23. Gan Li Fang (SMK Tun Mamat, Tangkak, Johor)

24. Muhammad Sallehuddin Mansor (SMK Matang, Perak)

25. Muhammad Izzat Solihuddin (MRSM Tun Ghafar Baba, Jasin, Malacca)

26. Nurizzati Zainal Nazeri (Saad Foundation College, Malacca)

27. Khairunnisa Che Bahrun (Maahad Ahmadi Arabic School, Tanah Merah, Kelantan)

28. Nurulaida Mohd Darus (SBPI Jempol, Negeri Sembilan)

29. Loh Sook Yin (SMK Tinggi St David, Melaka)

30. Malathy a/p Balakrishnan (SMK Ibrahim, Sungai Petani, Kedah)

8 comments:

mrsharis said...

Congrats to her..

Errmmm..dalam ramai2 tu 4 org jer pstudent mrsm..

Dee said...

congrats to her..bukan senang nk dpt scholarship national ni kan..

~Eila @ Along~ said...

tahniah....
nanti senang dapat keje..

honeylanz said...

adik Nurliyana, tahniah. dari kwn kaklong ;)

[-suziey-] said...

waa tahniah..semoga sukses:)

mummy_adam said...

Congrats :)

mrs shaifull said...

wow congratulations dik! semoga menjadi ikon negara :)

mummysyafie said...

senarai no 1 tu dari sekolah lama kiter la...taniah..