Wednesday, December 31, 2008

Tag: Year 2008

Ingatkan dah tak kena tagged dah, kena gak rupanye..ni mrsharis punya keje la ni.
This is the last tagged game for year 2008 perhaps..hihihi

Okey tag kali ni mengisahkan peristiwa2 yang berlaku pada diri anda sepanjang tahun 2008.
Tak kira lah suka, sedih, pahit, manis, ape2 aje la yg tersimpan dalam memori tuh.

Ini je lah yang dapat dipikir kan..rasa cam byk lagi, agaknye makan semut byk sgt la ni huhu

Sape nak buat tag ni dialu2kan yer.. =)

Tuesday, December 30, 2008

New Scarf

Tghari tadi agak terkejut, dapat parcel kat opis. Konpius gak mula2 tu, sbb nak kata bday present, dah lama lepas. Baru teringat rupanye ada order kat online. Sabau je la aku ni pelupa giler.

Hmm..It was my first expensive scarf I bought. Nak gak merasa pakai mahal, hihi
Beli pakai duit sendiri wokeh, so hubby tak leh nak argue or comment ape2. Bahaya gak kan shopping online ni, bukan ape. Bahaya kat duit hahaha rasa nak beli jer... nasib hasutan "nates" tak bape nak kuat, kalau tak harus habis duit ku..huhuhu


Ikan Bakar

Ahad lepas gi Melaka, gi opismate (Lorna) tunang. Kendurinye start kul 3 ptg, tapi menyedihkan kami sampai lambat huhuhuhu.. Kul5 baru sampai, kat highway punye la jam teruk, cuti sekolah kan..ramai org gi bercuti ngan kenduri sana sini lagi.. dah la byk kete jam, ada xcident lagi.. tau la rakyat kita ni kan prihatin.. hmm prihatin tgk.. habis stuck giler... dah exit highway, pun jam gak huhuh mmg dugaan tul nak gi umah lorna ni.

Dah sampai umah dia, paling lagi sedih, Lorna dah tukar 'uniform' (baju tunang) nyer..huhuhuh
Tinggal makeup dia je tak basuh lagi, jadi la hihihihi... Soriiiii Lorna, bukan sengaja sampai lambat huhuhu... sempat tgk hantaransss dia, cantik tema kaler biru. Tapi sayang aku tak sempat nak amik gambar..huhuhu

Lepas je dah makan2 borak2, kul 6.30 cam tu gerak kuar, tapi bukan nak balik KL.. dah alang2 kat Melaka, nak plak dekat je ngan Umbai, singgah la makan ikan bakar dulu. Kali ni tak makan kat tempat biasa, pegi kat medan ikan bakar baru, namanya Perkampungan Ikan Bakar Terapung. Dah nama baru, semestinya lah cantik dan paling penting skali BERSIH..




Bergambar kat dataran medan ni, kuat angin kat sini, tepi laut kan.
Weh, asal aku nampak gemok ni huhuhuh...
Nie kedai kami makan, sori la yer takde amik gambar makanan.
Tak sabar nak makan, sampai takde masa nak snap..hihihi



Sunday, December 28, 2008

Xtvt smalam

Smalam kuar jalan utk byk tujuan:
1. cari enfon baru
2. beli hadiah opismate for her engagement (Lorna)
3. cari baju tuk pakai esok
4. ape2 aje hihihi


Jalan2 dari Shah Alam ke Subang ke Damansara, cari enfon tapi takde yang berkenan huhuhu
Masa kat Subang Parade, nampak baju cantik terus beli. Akan dipakai tuk Lornanye Engagement Day..yeahhh

Pastu gi la OU, jalan2x.. beli headband tuk Zara. Mummy memang pantang nampak headband cantik terus beli.. byk gile collection tuk princess aku ni..


Dah malam pikir nak makan ape tuk dinner kami. Hmm.. makan sandwich kat Subway.
Sangat2 sedap... sape tak try gi try skang.. hihi
Disebabkan Zara tak leh makan sandwich kitaorg, dia makan cat dia je hehehe



Since I've 2 Subway Calendar 2009, so I decided to give to someone who interested. Every each month it have a free sandwich coupon. Interested? Email me now, your name, address and contact no. for sure its for FREE from me =)








Friday, December 26, 2008

Enfon ilangggg!!!

Sedihnyer.... enfon ku HILANG. Smalam malam baru prasan..huhuhuhu


Camane ilang, TAK TAHU!!!!! last pakai smlm malam kat Pavilion.
Pastu pegi Sungei Wang, agaknye kat sana la kot ilangkan.

Tau tau je dah takde, samaada terjatuh??!! pick pocket??!! memang tak sedar langsung..huargghhhhhhhhhh......

Zaf call enfon ku.. masuk voice mail, hmmm nampak sgt dah ada org amikkan.
Sronok ar dia dapat "Xsmas Gift".. hmm takde rezeki ku.

Cuma terkilan, semua contact no. takde backup. Ilang semuanye..huhuhu
Gambar2 family, xspecially pic Zahra..huhuhuhu video lagi huargggghhhhh
Notes2 penting lagi dalam tu... huhuhuhu

hmm...kita leh dapat balik tak no. lama kita tu??!!! sape tau..
Harini mata agak bengkak... sbb nangis byk sgt... :p sayang ooo enfon ilang huhuhu...

so pada kawan2 ku yang baca entry ni, sila lah email no enfon korang pada ku..huhuhuh
nurhayatiyusof@gmail.com

Sedih tak habis lagi.. sob sob sob

Gambar terakhir, tak sedar lagi fon dah ilang..huhuhuhu** updated

Thank you beb for all your comments... tak kisah enfon baru ni canggih ke cikai ke mahal ke murah ke as long as leh call out/in, sms can write/reply/fwd okay dah.. kan kan kan.. will updet my new baby soon.. =)

Thursday, December 25, 2008

Kenduri kawin lagi



Bulan 12 ni byk tul kenduri kawin sana sini. Nak2 plak mmg cuti sekolah, masa ni la semua org nak kawin ye tak..hihihi one of my bestfriend pun amik kesempatan ni tuk kawin jua. Kali ni kat Gombak. Sangat2x meriah kenduri nye.. dan paling best skali makanan nye pun sedaappppp.. sedara mara dia dari Penang semua turun, pakat ramai2 masak kawah sesama. Memang sedap, ingatkan nak tambah lagi tapi kang org kata aku ni tak padan ngan badan melantak kuat hahahaha

Pasangan pengantin baru ni ialah Su dan Zul. Congratulationsss!!! Uolss look gojes n superb.. sama padan. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.... =)

Nie masa akad nikah, sehari sebelum reception. Tema kaler pink.
Baju penganten sangat2 cantekss, beli kat Bandung. Dah la cantik murah lak tu..
Siap ngan sulam2 semuanye, tinggal jahit je. Harus beli tau kalau ke sana.


Time ni Penganten kat pelamin dah, Zahra tak kelip2 mata tgk Penganten.
Cantik sangat terpegun.. hihihi Pelik tengok org tu duduk je tak gerak2 kan..hehehe


Sibuk nak amik bunga telur tu. Nie first time tgk bunga telur lain dari lain.
Ada epal, selalukan org letak bunga. ni tak buah. Tapi bukan epal betul...polisterin, tapi impress sgt.
Lain dari lain gitu. Epal kaler oren..hihihi




Sesi bergambar ramai2x ngan Penganten. Nie semua x-opismate dolu2x.
Tak sangka jumpe Nuyul (blakang zaf), lama giler tak jumpe sejak dia kawin.
Tapi dia tak bawak lak baby dia huhuhu Kalau tak leh kawan ngan Zahra
Tengok tu hero2 Kak Ct. Ramai tul, berderet je kan. Patutla Kak Ct maintain kurus.. =)

p/s: credit to Nuyul for 2nd & 3rd pic. hooyeeayy =)




Tuesday, December 23, 2008

Wish List: Ted Baker

DONE!!! I choose Rulla =) .
.
.
.
I'm so in love with these top, very da bomb.. and I’m sure uollss also say so.. hihihi
I reallly2x want this top, but have to choose either one..huhuhu
(yang…can I have both??!!! Pleaseeeee….)

Top yang cantik ni tentulah dari
Ted Baker
I have one in pink color. Really love it.



Rulla or Belint, 2-2 cantikkkkk, mana satu ni..huhuhu....(my hubby choose Rulla)


Rulla

Belint


Monday, December 22, 2008

Wiken Activity


Sabtu lepas kami pegi Singapore, drive ke sana. Park kete kat Zon Hotel, gi naik cab sampai Singapore. Bertolak lambat kul 11am camtu, patutnye nak gerak awal, tapi almaklumla ada si tonet ni, tergerak la lambat..hihihi. Sampai Singapore dlm kul 7pm, terus check in, rest jap then kuar gi mana lagi kalau tak ke Orchard Road, shopping sampai la kul 12am. (shopping mall open till 12am due to Christmast Eve). Zaf warning awal2 dah no Handbag..=)
At night Orchard Road sangat2 lah cantik, ha tengok la betapa happening nye kat Orchard Rd ni.
Xsmas deco sepanjang jalan. Orang jgn kata la teramatla ramai, cam semut.
First pegi Takashimaya, Wisma Atria, Paragon, Tangs, ape ntah lagi satu tempat tu lupe dah....
benda pertama cari dan nak beli mesti la barang2 tuk Zahra,
pastu baru la cari tuk Daddy n Mummy nya pulak..hihihi..
Ni kat dlm fitting room, Tangs. Time ni dah dekat kul 11pm,
Zahra masih tak ngantok lagi, org lain dah penat giler.
Kuar dari Tangs terus balik.. Penat, tido..zzzzzz

2nd day, pagi2 pegi Sim Lim Plaza, sana kalau nak cari gadget2, computers, electronics, ha mmg sesuai. Zaf nak cari car charger tuk Blackberry Bold dia. Then kitaorg cari printer Canon for camera. Habis kat situ, pegi Queensway Shopping Mall Centre, situ plak semua barang2 sukan, Zaf mmg datang Singapore ni nak cari kasut futsal dia bole..huhuh sbb kat Msia takde size dia.. sini baru ada.. hmm kalau dah giler sukan, sanggup tu datang semata2 nak beli kasut futsal.. Ape-ape aje la..hihihi Ingat nak cari kasut Zahra, tapi byk dah habis.. huhu sadisnye. Habis kat situ lak, balik kat Orchard Rd, shopping lagi.
Baru sampai Orchard Rd., isi perut dulu, charge balik energy..
Nasib cuaca kat sini okay je tak ujan. Senang nak jalan Alhamdulillah Kat dalam Takashimaya
Actually we suppose to stay there 3D2N tapi Zaf ada urgent miting Isnin ni (bos panggil da..huhuhu), kena la balik smlam malam. Kul 11.30pm baru keluar dari Singapore, sampai umah tadi dlm kul 4.20am huhuhu penat...

* * *
Zahra: 2 dress (RL), 2 tops (RL & Gap), 1 skirt (RL), 1 tight (Gap),
Zaf: 3 shirts (RL & Kappa), 1 futsal tshirt (Le Coq), 1 futsal shoes (Adidas), 1 car charger (Blackberry Bold)
Yati: 1 top (Fred Perry), 1 brooch (Denni), 1 Jean (AX), 1 wallet (Prada)
All: Canon Printer for our Canon Camera. yeayyy =)

Friday, December 19, 2008

Tag: HOT


Alamak ni 1st time kena tagged. serius tak pernah main game ni..hihihih
I've been tagged from a women call
MamaZana, yang mana dia baru je habis study (Degree in Accounting)..congratssss mamazana...

Here the taq Q begins:

1. Do u think u are HOT?
Yup I’m hot in my hubby eyes. Hihihi



2. Upload a fav pic of you




3.Why do u like this picture?
The day I become a wife of a man called ZAFARIS.


4. When was the last time u ate pizza?
Yesterday – Dominos Pizza. Extravaganzza Pizza. nyummyyyyyyy


5. The last song u listen too?
Kaer – Bukan Kasihku


6. What are u doing right now besides this.
Listen HOT Fm


7. What name u prefer besides yours?
Adik (nickname at Univ); TK (nickname at school)


8. People to tag:
1) Nur Hidayah
2) Liza
3) Idajer
4) Ismi
5) Anyone…



9. Who is no.1
My best friend in Univ. aka roommate in 2nd semester.


10. No.3 is having relationship with?
My virtual friend. She just win the Gin & Jacqie’s bag (argghhhh jeles2x)


11. Say something about no.5
If u like this tag, please do so…hihihi


12. How about no.4?
The bestest akak in the opis..yeahhhhh


13. Who is no.2
Another my virtual friends. Love to read her blog.




Wednesday, December 17, 2008

i'm not feeling very well

* Updated

Alhamdulillah sihat sudah. Mana tak sihat, kena telan 4 jenis ubat..huhuhu
Nasib jugak la demam biasa je. Takut denggi je..

Oh my...

I have a sore throat, a dry cough, tiredness, mild headaches and muscle aches.
I start having this symptoms since last 2 days but not very mild. Now, my body feel become worst.

Is it symptoms of fever??!! huhuhu



Tuesday, December 16, 2008

Learning Centre for Zahra

gymboree??
kindermusik??
kidzsport??
tumble tots??

Anyone mind to share bout this...TQ =)


Monday, December 15, 2008

Congratssss Amran!!


Amran ni ex-officemate masa kat TTDI now at office at Shah Alam. Tak sangka jodoh dia ngan org satu opis gak. Kenduri nye hari sabtu, 6/12/08 kat Bukit Goh, Pahang.

Hari tu hujan turun dengan renyainye.. nasib baik tak lebat sgt.. kalau tak mau terbang khemah semua. Elok gak ujan, cuaca takde la panas. Makanan nye pun sedap. Almaklumlah kampung kan, masak beramai2 gotong royong meriah la.

Cantikkan 2-2 pengantin ni. Selamat Pengantin Baru Amran dan Ayu!!!
Semoga berkekalan hingga akhir hayat dan berbahagia selalu. =)

Bergambar ngan pengantin laki. Pengantin ni rilek je, takde pun malu2..
selamba dia je cakap2. tapi tu yg bestkan..happening hihihi

Trademark Zahra ni.
Kalau gi kenduri kawin wajib amik gambar ngan pelamin..
hihihi

Gambar ramai2 sebelum balik. Pengantin pun dah tukar baju..hehe




Friday, December 12, 2008

Announcement!!!


I’m proudly announced that "my cute little wardrobe" is open for sale.
Enjoy shopping!!!!




Thursday, December 11, 2008

ape ek..


Esok birthday mak. Tapi tak beli ape pun lagi tuk present dia...huhuhu...
Tak tau nak beli kan ape.. terasa nak beli barang pun ada..
Kalau bagi dia gi spa pun menarik gak kan.. bagi yang treatment and therapy package...
tapi tak sure mana spa yang best...hmm @#$%&%$@*(??!!





sehari sebelum raya...


Esok nak raya haji sempat lagi pegi jalan2 kat Gardens. Kekonon nak le cari baju raya.. tapi takde yang menarikss.. Tapi orang lain plak yang beli..huhuhuhu. Takpe bagi can kat daddy yang shopping kali ni..hihihi
Punya ramai la manusia.. soping xsmas ni kan.. semua pulun cam ape..hehehe

Zara ni sronok betul kalau nak amik gambar.
Pandai sgt posingnye tu.. sengih habis. Ikut sape la gamaknye ni. =)
Akhirnya dapat gak beli cat baru dia. Cat kesayangan dia hilang, mana ntah pegi.
Tetiba takde.
Terpaksa la kitaorg belikan yang baru. Kena beli sama gak (Chicco brand).
Taknak yang lain. Huhh.. memilih tul anak dara ku ini.
Nasib ada lagi jual cat dia tu.. risau takde je kalau tak jenuh la nak cari balik cat dia yang ilang tu..

Konsep xsmas kat Gardens ni ada bird cage.
Besar cage nye tak leh la panggil bird kan, jangan kata kan org, gajah pun bole masuk.
Cantik2x.. ramai org snap pic kat sini, terpaksa kena ikut turn..
Sementara tunggu kete sampai, ape lagi amik gambar Zara je la..
Penat tul nak snap pic dia, tak reti dok diam.. panjat kusi sana sini huhuhu


Monday, December 8, 2008

Eid Mubarak



Salam AidilAdha to all my Muslim friends and families .






Friday, December 5, 2008

Girls Day Out


Girls ke??!! hentam je la hihihi

Smalam tak pegi keja tapi jalan2 pegi The Curve bedua je ngan Zara. Zaf takde outstation to Penang.

Bab2 main air ni memang no1..
Kalau mandi, mesti nak tepuk2 air, habis terpercik2 basah mummy dia.
Kesimpulannya kalau mandikan dia ngan kita ni skali mandi..hehe

masuk dalam butik Guess, bukan gi tgk barang2 dia pun,
gi kat cermin dia tuk amik gambar..
boleh gitu..mesti panas je SA dia..hihihihi..

nak rest jap penat berjalan tapi cam tak dapat rest langsung,
hmm Zara tak reti dok diam naik turun panjat nak pegi kerusi blakang depan..
aduh penat la.. mau pengsan dibuatnya.
Kalau prasan ada 2 biji gigi dia dah tumbuh kat bawah.. =)

Beli netting cap kat Metrojaya.
Sangat2 sesuai tuk kita yang bertudung ni pakai, memandangkan cuaca Malaysia ni tak menentu panasnya.
Takde la rasa "kepam" kulit kepalakan.
Ngan Mak Ngah. Suka deco xmas kat sini, cantikkkssss =)