Friday, September 30, 2011

Pasal Telekung

Kawan ai ada beri hadiah telekung
masa dia balik dari umrah.
Suka telekung yg dia bagi,
sangat cantik ngan sulam dan kainnya pun sedap.
Terima kasih kawanku.



Tapi sayang sket, kain telekung tu agak jarang.
Yang membolehkan nampak warna kulit kita.



Nak bagi uols tgk telekung tu jarang,
bila amik gambar nampak jelas.
tapi bila tempek kat sini tak bape nak nampak sangat.
Ai letak toys zara dlm tu, tanda circles 2 tu.
nak bagi korang nampak ke idak hihi
Kalau tak nampak sorry la yer.

Smalam ai ada bertanyakan pada sorang kawan,
kalau kita pakai telekung jarang, sah ke solat kita tu.
Dia tak dapat jawab.
Jadinya ai pun menggoogled kan pasal telekung jarang ni.

Sebenarnya bukan tak bole pakai tuk sembahyang, boleh je.
Cuma bila nak pakai telekung ni, kita kena pakai tudung dan
baju longsleeve tuk tutup aurat.
Bagiku leceh la plakkan.
Jadinya baik beli kain telekung yg tebal.
Panas sket pun takpe la.
Janji sembahyang kita tu sah kan.
Pastu sblom ni ai tak pakai anak tudung/serkup,
skang dah pakai, kita tak tau kot
rambut kita ada terkeluar kat celah or terpacak kat telekung tu kan.


Bawah ni ada sedikit info ai amik dari
website ini.
Ada juga tips membaiki solat bagi kaum wanita.
Klik dan baca tau kat link tu :)


Kain yang digunakan untuk solat menepati ciri-ciri yang tertentu.

Antaranya:

01) Tidak jarang. Rata-rata kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai kain yang jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit, maka solat kita tidak sah. Seelok-eloknya carilah kain telekung yang tidak jarang (antara caranya ialah dengan menggunakan 2 lapis kain).Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dalam dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dengan berbaju sleeveless di dalam telekung, pastikan bahu dan tangan tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.

02) Kadang-kadang sewaktu musafir, ada muslimah yang malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung sahaja (tak payah org lain, saya pun begini). Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan sahaja digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik-baiknya pakai stokin yang tebal (ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.

3) Ada kain telekung yg indah bersulam dan berkerawang. Ada yg berlubang-berlubang sehingga di belakang telekung. Ada kalanya, bagi mereka yang rambut panjang, jika tidak ditutup betul-betul dgn serkup/anak telekung, rambut-rambut ini akan terkeluar-terkeluar dicelah-celah kerawang telekung. Oleh itu, berhati-hatilah. Sama-samalah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama.

4 comments:

InaAchik said...

THANKS FOR SHARING...

Zaila Mohamad said...

bagus info ni..dulu zaila pakai tudung kecik before pakai telekung semayang..

zaila suka pakai telekung yang dibeli di Vietnam, kain nipis tapi tak jarang, terletak ok je kat muka ni, pastu takde kerawang lubang2 segala

4 Kay-E said...

Thanks for sharing sis. Really a good info & reminder for all.

DaZzlingLilLy said...

i dr dulu lg kalo pki telekung mmg akan pakai anak tudung sebab tak yakin bab rambut terkeluar tu..tambahan i jnis yg bnyk anak rambut..