Monday, June 19, 2023

Report Card Qaireen


Pergi sekolah Qaireen untuk Report Card Pick-Up Day (RCPD). Hanya Qaireen dan Mummy sahaja yang ke sekolah.



Dalam pukul 10 pagi sampai, rezeki kami pergi kelas Qaireen terus masuk dalam jumpa teachernya. Nak balik barulah ramai parents datang, kalau lambat sikit dah kena menunggu :) Keluar dari kelas dia, ai pergi tengok reading progressnya. Haruslah bergambar kat situ sebagai kenangan :)



Alhamdulillah, hasil dari perbincangan dan report card Qaireen dalam keadaan baik. Masih banyak lagi yang perlu dibaiki tapi ai okay sahaja. Teacher pun kata dia agak cepat faham dan laju buat kerja :) Cuma percakapan saja yang dia kurang, agak susah nak buka mulut. Hafazan pula sebenarnya banyak surah dia dah hafal tapi bila teacher nak suruh dia baca dia diam huhu... masa jumpa teacher tu ai sajalah minta Qaireen baca doa naik kenderaan dan Surah Al-Masad, sekali teacher dia dengar lah boleh baca rupanya hahaha.. Qaireen ni lebih kurang sama saja dengan kakak-kakak dia juga, susah nak buka mulut. Masa pre-school lah, dah masuk sekolah rendah terlebih cakap :p

Dalam pada masa yang sama, sekolah Aliah pun ada buat Mesyuarat PIBG. Bernasib baik kali ini, sekolah dia buat secara online sahaja dengan menggunakan Google Meet. Agak pelik juga kenapa tiada bersemuka, masih menggunakan online. Bila fikir balik bagus juga, kalau bersemuka ai kena pilih salah satu je. Jadi masa pergi sekolah Qaireen tu, sambil dengar mesyuarat di handphone :)



Hari minggu tu pun akak Zahra balik rumah. Hari Jumaat sebelum ambil dia tu sekolahnya ada buat Merentas Desa. Katanya tak dapat Top 10 hanya Top 20 sahaja. Yang dapat nombor 11 hingga 20 dapat pungutan mata untuk homeroom. Dan keputusan Merentas Desa tahun ini homeroomnya mendapat Johan :) Adalah sekeping gambar dari cikgunya hehehe..



Selesai Merentas Desa, enZaf ambil akak Zahra di sekolah. Masa menunggu dia balik, tiba-tiba dapat Whatsapp dari enZaf.



Adoila macammana dia boleh tak perasan keluar dengan pakai selipar sebelah lain-lain hahaha... Penat sangat lah tu sampai tak sedar. Bila dia sampai rumah ai ambil gambar lagi sekali. Simpan buat kenangan :p



No comments: