Tuesday, June 27, 2023

Dari Padang Bola ke Padang Hoki


Hari Sabtu sudah sibuk dengan Mesyuarat PIBG sekolah anak, keesokkan harinya Ahad sibuk dengan aktiviti sukan anak-anak pula. Kebiasaannya setiap hari Ahad pagi, kami memang ada di padang menunggu dan melihat Ariq main bola cuma berbeza Ahad baru ini akak Zahra ada friendly match hokinya di Gombak. Berkejaran nak datang support untuk ke dua-dua sekali sebab waktu mereka sama pula huhu.. Mujurlah Aliah tak ada bersukan, kalau ada tak boleh bayangkan harunya itu.



Habis je Ariq main bola, terus kami beredar secepat yang mungkin. enZaf memecut dari Setia Alam ke Gombak. Alhamdulillah sempat sampai. Dapatlah tengok satu game. Ada empat sekolah kesemuanya dalam friendly match ni. Akak Zahra beritahu dia ada satu score dari game sebelumnya, aduhai tak sempat tengok. Masa tinggal satu game tu adalah ambil video dia nyaris nak score tapi gagal hihi..







Masa ambil gambar dengan dia ni sudah pukul 12 tengahari. Ya ampun panasnya tak boleh bawa bincang. Memang gigih Mummy berpeluh demi anak-anak :p Bila dah panas litlit tu, ambil gambar bunga pun cantik elok saja. Cukup cahaya terang benderang :)



Sekolah akak Zahra buat match ni sebagai persediaan untuk MSSD awal bulan depan. Beberapa hari selepas Hari Raya Haji. Untuk MSSD ai tak dapat datang tengok, kejohanan itu dibuat pada hari biasa dan jauh pula tu kalau nak datang pun tambahan anak-anak yang lain pun sekolah. Mummy support dari jauh sahaja :) Dekat pukul 2 petang juga habis, balik rumah terbongkang kepenatan.

No comments: