Saturday, June 3, 2023

Kira Duit Raya


Baru suruh anak-anak kira duit raya. Kira lambat sebab nak menunggu akak Zahra ada sama.



Duit raya dalam gambar di bawah ini paling win. Tak pernah lagi dapat macam ni. Duit raya ini dapat masa Aliah pergi open house rumah kawannya.



Sekarang ini hanya Aliah dan Ariq sahaja yang keluarkan duit raya dari sampul, akak Zahra dah tak join buka sampul. Dia ada bila nak mengira duit nanti hehehe.. Qaireen pula bukannya keluarkan duit raya, dia ambil sampul yang ada gambar kartun dan simpan :p



Bila bab mengira duit ni, mesti ai akan suruh anak-anak ulang kira sampai tiga kali. Dan setiap kali mengira tu jumlah duit asyik berubah hahaha.. Pening bila semua pun nak mengira juga. Ada yang lebih ada yang kurang. Tahun ini agak kurang sedikit jumlahnya nak dibandingkan dengan duit raya tahun lepas. Kami pun kurang pergi beraya sebenarnya. Kebanyakkan duit raya ini pun dapat masa kami beraya di rumah Mak Teh dan open house rumah Sg. Buloh. Apa pun Alhamdulillah rezeki anak-anak masih ada dan kita top up dalam akaun SSPN mereka.

No comments: