Tuesday, June 6, 2023

6Fundays bersama Kawan-kawan


Minggu cuti sekolah hari itu, Aliah dan kawan-kawannya ada merancang nak buat aktiviti. Pandai dah sekarang ya plan itu ini dengan kawan-kawan hihi.. tapi sebelum itu dia tanya ai dahulu boleh ke tidak. Katanya dia nak pergi satu tempat namanya 6Fundays. Dalam area Kota Damansara sahaja. Pertama kali ai dengar nama tu, terus Googled nak tahu tempat apa itu. Rupa-rupanya tempat hangout yang boleh bermain board games dan video games. Video games itu ialah Nintendo Switch. Tahu saja anak-anak tempat macam ini ya, pandai pula mencari tu. Tempatnya di tingkat 1.



Pelbagai board games disediakan dan juga superhero figures, tak sure untuk dijual atau bukan toys itu.



Free flow untuk yang datang ke sini, dan boleh buat notes sebagai kenangan. Snack juga diberikan setiap seorang.



Masa sampai ini tak ada orang lagi, selepas 1 jam baru Aliah kata ada orang lain masuk. Pekerja di sini maklumkan selalunya orang akan ramai pada waktu lewat petang dan malam. Aliah dan kawan-kawan ni datang awal, kedai baru buka terus masuk hehe.. Dah selesai buat bayaran ai tinggalkan Aliah dan kawan-kawannya untuk berhibur selama 2 jam :)



Ariq sebenarnya nak ikut Aliah masuk dalam ni tapi ai tak bagi sebabnya Aliah nak bersama dengan kawan-kawan. Ariq ada nanti mengacau pulakan. Tapi ai ada suruh Ariq tanya kawan-kawannya kalau ada yang berminat. Tapi semua tak dapat nak datang, masing-masing ada hal dan ada yang balik kampung. Menarik tempat ini, suasana pun selesa dan bersih. Nak buat party pun boleh seperti birthday party atau pun gathering. Nak datang ke sini kena buat appointment dahulu melalui website. Segala info dan bayaran boleh rujuk pada website [link] dan Instagramnya juga, hanya search 6Fundays :)

Tak banyak gambar ai ambil dan gambar-gambar di bawah ini Aliah hantar dalam Whatsapp Group. Simpan sini sebagai kenangan.











Aliah beritahu dia seronok main kat situ. 2 jam tak cukup katanya hihi.. Nanti datang lagi ya :) Nak buat birthday party kat situ pun macam menarik. Akan dipertimbangkan.

No comments: