Thursday, December 10, 2015

Cabut Gigi Lagi


Ke klinik gigi buat kali ke-2 untuk Zara. [link]
Tapi ni gigi yang ke-6 nak dicabut.
Gigi sebelum ni ai yg cabutkan,
dan satu tu jatuh sendiri masa tgh makan.
Yang bole cabutkan pun sbb gigi tu dah longgar sgt.
Tarik sikit je dah keluar.
Tapi yg no 6 ni susah sket.

Tak tau pun Zara ni ada goyang giginya.
Sebelum2 ni dia bgtau,
ni pun dpt tau masa 3 hari lepas.
Tengok dia dok belek2 depan cermin.
Tanya dia kenapa,
tengok2 gigi dia dah goyang.
Plak tu gigi baru dah naik tinggi kat belakang.
Alahai anakku,
nanti susunan gigi dah tak cantik.

Pagi tadi kejutkan semua bangun
mandi siap2kan pukul 10 keluar rumah,
appointment kul 10.30 pagi.
Sampai2 ada sorang lagi patient tgh tunggu.

Bergambar la dalam klinik.



Gigi bawah dia yg nak dicabut,
dan gigi baru dia dah nampak jelas.
Harap2 la gigi tu naik ke depan :(



Dua orang budak ni buat cam umah sendiri dah.



Masa ni dalam cubaan memujuk Mummy
belikan berus gigi dia yg ada corak spiderman.



Jawapannya memang Mummy tak beli.
Bising la dia masa keluar klinik sampai la ke kereta huhu

Sebenarnya Zara sendiri yang request nak
cabut gigi ni kat klinik.
Taknak dah Mummy buat kot, ganas hahaha



Dorang berdua ni kusyuk tengok akak dia.
Aliah siap pegang gigi,
macam nak cabut gigi dia plak hahaha



Kalini senang dah ai kat klinik.
Kalau ikutkan pengalaman pertama haritu,
Aliah & Ariq yang ketakutan,
Aliah dah berlari keluar nangis,
Ariq plak mintak dukung.
Time tu Zara pun first time takut2,
mintak ai pegang dia mmg haru jap la.

Masa tengah doctor sapukan dia ubat bagai,
Zara okay je..
sampai la doctor tu keluarkan tools ape tu
macam playar tu kan,
tetiba dia takut dan nangis.
Aduhai menangis melalak plak tu.
Puas ai pujuk dia pegang semua cukup,
macam2 janji bawak gi sana sini beli eskrem la toy la
tetap tak jalan gak,
dia tak leh nak tenangkan diri.

Suruh dia tutup mata pun taknak,
mata dia dok usya playar tu.
Lama gak la pujuk,
sampai 3-4 kali la doctor sapukan balik ubat kebas tu,
tak bole bole jugak.
Sampai nurse lain pun masuk dlm bilik
cuba pujuk dia hahaha

Ai tengok dia pun mmg dia tak bole lagi dah nak tenangkan diri,
pujuk macam mana pun tak jalan gak,
so apa lagi ai bagi doctor n nurse green light,
pegang dia.. terpaksa buat cara keras sket la.
Ikutkan doc ngan nurse tu mmg tak berani nak kasar,
tapi ai ni dah tak larat nak tunggu lagi.
Lama dah kot dia melalak tak henti.

4 orang nurse pegang dia,
part mulut ai yg buatkan.
Dia plak bole ketapkan mulut baik punya taknak bukak,
ape lagi ai jolok la jari tu bagi bukak mulut,
terbuka besar je terus doctor tarik keluarkan gigi tu.
Ha amik sekejap je pun 3 saat,
pastu setel.
Terus dia diam hahahahaha
Geram2 pun kelakar gak okay.
Sorry la yer nak,
Mummy terpaksa berkeras ngan Zara.

Nak keluar bilik pun mintak Mummy dukung.
Jadinya Mummy dukung la dia yg besar2 alam ni keluar.
Sabar je la.
Muka nangis lagi sedih.




Ai saja la tanya next time
nak cabut gigi don't be like this okay,
tak sakit pun kan.
Dia takut tu sbb playar tu je pun.
Dia jawab "okay".
Ingatkan dia fobia la nak gi klinik gigi lagi.
Tapi dia kata okay tu tadi kira tak takut la nk datang lagi.

Terus gi Giant lunch.
Dah lapar ko buat drama plakkan.
Makan kat The Chicken Rice Shop.
Muka pun dah happy hihi



Pas makan masuk supermarket.
Pastu beli la apa makanan dia nak.
Tapi sblom tu dia tanya,
Zara dah cabut gigi
boleh beli toys ke Mummy?
Jawab ai mestila tak beli haha kejam tak.
Dah dia buat drama tak makan dipujuk.
Whatsapp ngan Zaf citer apa jadi,
kata dia nanti kita beli la toys tuk dia,
kesian...
yer la anak daddy kan kan kan.

2 comments:

annapeje said...

anak kesayangan daddy neh ahahha bijak plak kihkih ...dasat betul penangan nk cabut gigi kali neh ahahahaha kalo aku jd hulk la agaknya hahaha

Zaila Mohamad said...

bagus betul ko boleh handle 3 kids bila keluar, aku ni kadang2 semput nak melayan anak2..huhu