Tuesday, December 8, 2015

Ke Zoo Negara


Kami pergi ke Zoo Negara yang tak dirancang. Ceritanya pada dua Sabtu yang lalu selepas selesai dari ambil report card Aliah [link]. Kalau nak diikutkan plan sebelum ini, lepas ambil report card tu kami nak pergi FAM sebab ada family day invitation. Anak-anak ni dah semangat nak pergi awal-awal lagi, nak nak si Zahra. Awal pagi dia dah bersiap mandi semua. Tapi Daddy dia tiba-tiba tak larat nak bangun awal, malamnya tu dia ada main futsal sampai kul 1 pagi. Balik dari futsal tak tahu la dia tidur pukul berapa. Kebiasaannya kalau dia main futsal lambat, tidur pun akan lambat sebab penat sangat. Yang pasti ai dan anak-anak memang tak sedar la dia balik rumah haha Disebabkan tak pergi FAM tu enZaf gantikan dengan bawa anak-anak pergi Zoo Negara. Apa lagi seronok la Zahra, Aliah dan Ariq. Memang sebelum ni pun dorang ada request nak ke sini tapi masa la tak mengizinkan.



Kacau je cik kak kat sebelah tu. :p



Familifie la kami. Hah suka hati buat perkataan sendiri haha



Masuk-masuk gate je terus kami ambil gambar kat photo booth. Selesai bergambar kami terus menuju ke Tram Rides. Ada bayaran untuk naik tram bukannya free. Harga tak berapa ingat pula huhu Kami malas nak berjalan jadinya naik je la tram hihihi Masa dalam tram sempat la ai snap si tinggi ni.



Pergi Zoo Negara ni ai tak ambil gambar banyak sangat. Lebih banyak menikmati haiwan-haiwan ini sambil melayan pelbagai soalan dari akak Zahra. Bertubi-tubi soalan keluar, Mummy sampai nervous hahaha Bagi anak-anak, mak dianggap tahu semua perkara walaupun tak tahu gigih cari sampai tau. Mujurla ada internet sekarang ni, tak tahu kita google saja. Sampai Zahra cakap How Mummy know everything? Ha yang tu pun ai fikir sekejap nak jawab ape hahaha

Okay berbalik kepada cerita di Zoo Negara :) Tram berhenti kat Station 1 dari situ kami pergi ke Savannah Walk. Dekat Savannah Walk ada haiwan seperti Zirafah, Badak Sumbu, Ostrich, Zebra dan macam-macam lagi.



Ariq pose malu-malu nak bergambar ngan unta. Eh bukan malu, takut pun ye. Padahal jauh je unta tu.



Orang utan ni tengah aktif, suka tengok dia begayut ke sana sini. Sangat tak reti duduk diam



Ajak anak-anak bergambar dengan orang utan, Ariq sorang je tak nak bergambar. Masa ni dia minta ai dukung dah.



Pak Belang yang malas. Duduk je tak nak bangun-bangun. enZaf kata tengahari ni dorang banyak tidur. Aik macam kata kat diri sendiri je samakan suka tidur hehehe



Ada banyak lagi binatang lain kami tengok tapi ai tak ambil gambar. Bila tak ambil gambar ai pun dah lupa haiwan apa hahaha. Dah tengok semua kami sambung naik tram lagi.



Berhenti kat station seterusnya, kalini tengok ikan, burung dan binatang reptilia yang lain. Akhir sekali kami masuk Butterfly Garden. Tempat kesukaan Zahra ni kalau ada butterfly.



Sebelum keluar, singgah tempat collect gambar yang kami ambil kat photo booth masa mula-mula masut tu. enZaf pesan kalau cantik kita beli. Bila ai tengok gambar tu memang cantik maka beli lah jawapannya :)



Cuaca haritu Alhamdulillah sangat sangat baik dan panas. Memang panas sungguh, sampai berpeluh-peluh dan berlengas semua cukup. Cuma masa pergi ni kat dalam Zoo Negara ada buat sedikit renovation. Ada setengah kawasan atau bahagian ditutup tak dapat nak tengok. Oh tempat multi-animal show pun tutup, tengah buat renovation juga. Sayang tak dapat tengok show. Masa cuti sekolah pula buat renovation. Tak betul timing dorang ni.

Panda kami tak pergi tengok, kalau nak tengok harga tiket berasingan. Daddy dorang kata lain kali pergi kita tengok panda pula. Itu bermaksud akan ada lagi la nak berjalan ke Zoo Negara haha Sama ada tahun depan, 2 tahun lagi atau berapa tahun tak tahu hahaha. Info lanjut berkenaan Zoo Negara samaada harga tiket, masa dan apa sahaja boleh la layari website Zoo Negara [link]


3 comments:

annapeje said...

ahahaha aku bila aqil ckp camtue tros jwp ofcoz I noe everything bahahha ..tp kalo x tau abes la la silly u tros dpt :P .... dorang ada gaks bezikir nk pg tapi sbb mls nk bejalan so x pegi2 ...homei nyer gambo family tue ceria sangat ...nora kasi 5 bintang haha

Zaila Mohamad said...

lawa lah tudung ko, jeles tengok mak anak 3 ni, macam anak dara pon ada :)

Nurhayati said...

anna: aku ni pun pegi sbb zaf kata bosan la balik2 shopping mall.. kan dah dok bandar ni itu je la.. nak pegi macam zoo semua ni pun pikir byk kali gak.. semua gunakan duit hahaha.. tp bila tgk anak2 happy, kita pun seronok.

zaila: dlm gambar bole la nampak macam anak dara.. tgk live, takde mana hehe.. ko pun hebat okey mama nak masuk 6 orang anak dah.. hebat hebat hebat!!!