Friday, December 4, 2015

Mengelupas bibir yang sangat teruk


Setelah sekian lama,
baru nak share kat uols.
Tak ingat startnya bila.
Yang pasti tahun ni, rasa2nya
dalam bulan 6 kot,
sebelum bulan puasa.

Ai mengalami bibir kering yg sangat teruk.
Habis mengelupas macam ape.
Buang kulit yg kering tu,
masih ada lagi kering yg baru.
Tak henti2 la yg pastinya.

Tak tau jugak ape sebab jadi macam tu,
nak kata kurang minum air.
Tak jugak,
ai ni jenis kuat minum air.
Air botol kat umah ni tuk ai ada 2,
tak pernah kosong.
Minum pun paling2 3 botol penuh 500ml satu hari.

Tapi tue la kalau menda nak jadi,
ape pun tetap jadi.

Macam2 cara buat bagi nak baikkan bibir ni.
Sapu lip balm, vaselin.
Lip balm tu bape byk pun tak tau,
macam2 brand pun iye.
Tetap sama gak.
Cuba cara traditional,
sapu madu bagai.
Siap buat scrub ngan gula + madu.
Hasil tetap kecewa.

Lepas sekian lama bibir ni tak baik2,
mengelupas tu makin teruk.
Luka berdarah tu jgn kata la,
semua dah rasa.
Bila keringkan, senang merekah pecah dan luka.
Pedih tu nauzubillah.
Paling seksa bila kering tu kat tepi celah bibir,
ya ampunnnnn
tak bole bukak besar mulut,
nak makan sangat seksa.
Bila bukak besar, koyak tepi mulut tu okay,
luka pedih menitis air mata huhuhuhuhuhu
Bila minum air panas terasa bibir tu,
bibir tu nipis sbb mengelupas je.

Makin lama mengelupas bibir tu makin melarat.
Mengelupas sampai ke atas bibir dan bawah bibir.
Macam gambar kat bawah ni.
Ni ai edit gambar letak
kat area mana yg mengelupas luar mulut.
Warna pink tu la kulit mengelupas.


*gambar asal ni credit to dreamstime.com

Masa ni kan,
moral down sangat ai.
Dah la jadi kat bahagian mulut,
nak bercakap ngan orang,
giler malu.
Memang time ni taknak bercakap
ape ntah lagi nak jumpa orang.
Hilang keyakinan sungguh.

Bila dah mengelupas kulit tu jadi macam melepuh.
Melecur pun iyer dah sampai tahap macam tu skali.
Pedih2 rasa bila kena air.
Kulit tu mengelupas non-stop
jadi kulit tu nipis dan jadila merah2.
Seyes weh macam ape muka.
Ada gambar amik time jadi cmni,
tapi rasa buruk benar letak kat blog,
takut orang muntah loya semua cukup :((

Macam2 cara buat weh,
nak bagi baik dan paling2 penting time tu,
nak bagi kulit tu tak merah.
Sbb bila melepuh tu area tu jadi panas.
Bape kali basuh muka tu ngan air,
nak bagi hilang panas.
Letak timun la ape la.
Ais je tak letak.
Sbb baca kalau kulit melecur ke apa,
jgn letak ais kan.
Lagi jadi teruk,
lalu ngan air paip yg sejuk tu pun dah ok.
Buat tu pun rasa lega sekejap je,
pastu rasa panas balik.

Gigih la google nak bagi baik.
Zaf suh gi klinik taknak
degilkan.
Baca satu forum ke apa,
kata try letak aloevera gel.
Pegi la beli kat farmasi.
cari yg 100% aloe vera.

Pakai la gel tu,
mula2 pakai tu nampak la hasilnya,
warna merah tu berkurangan.
Dan panas tu pun kurang juga rasa.
Tapi mengelupas tu tetap ada lagi.
Pakai dekat 3-4 minggu ke sebulan lebih tapi result masih macam tu jugak.

Tak puas hati lagi,
google la lagi sampai la terjumpa satu blog ni,
ala lupa plak blog apa.
Dia pakai satu cream ni,
antibiotik cream.
Beli kat farmasi je.
Harga RM12 tak silap.
Ni pun mintak adik ai tolong belikan
sbb tak mampu nak keluar jumpa orang huhuhuhu



Alhamdulillah
sangat2 berkesan untuk ai.
Selama 3 hari esoknya dah nampak hasil okay.
Warna merah tu hilang,
dan paling penting melepuh tu takda dah,
mengelupas pun hilang terus.
Takde dah rasa kulit tu panas terbakar.
Sampai la skang okay.
Setelah berbulan2 mengalami masalah ni.

Kalau tgk betul2 kat area mulut ni,
nampak la kesan kulit tu lain sket warna
ngan warna muka.
Satu sbb kulit tu mengelupas pastu ke dua
kulit tu letak macam2 benda dia jadi macam bercapuk sket.
Jadinya marilah kita sapu whitening cream
or mask bagi balanced balik tona kulit tu hehehe

Yang ajaibnya,
sapu cream kat bhgn luar mulut ni,
otomatik mengelupas kat bibir pun kurang.
still ada mengelupas lagi kadang2.
Tapi tak seteruk dulu la.

Pergh panjang plak entry kalini.
Jadi kesimpulan di sini.
Sapa yg mengalami macam ai,
dan dah cuba macam2 menda tak jadi jugak.
Cubalah try Fucicort ni,
kot berkesan tuk korang plak. :)

p/s: kalau korang ada luka kat "V" tu
or celah bontot sbb garu ke ape ke.
Silala sapu cream ni kat situ,
insyaAllah baik.
Testimoni dari tuan blog ni sendiri
yang dah cuba dan terbukti berkesan hahahaha

oh yer terima kasih kat blog tak ingat nama
yg rekemen pasal antibiotic cream ni.

3 comments:

Sidratul Muntaha said...

beb..muka dgn mulut mengelupas sbb kurang vitamin e dgn k dalam badan
aku selau kena..
mmg abis merekah2 tepi hidung ni
antibiotik tuk shortterm je
alorevera gel yg ok pada aku nature republic, siap ade spray dia sekali
insyaa Allah ok.

kalau food resource vitamin E ni boleh ambil dri betik, mangga, tomato, hazelnut, olive oil, brokkoli n sayurna hijau.
take time sikit tapi insyaa Allah berkurangan..


Has78 said...

alahai..kalu la kita ada borak2. farid pun pakai cream ni kt muka dia. sbb mengelepus jadi merah2. doc mmg bg dia cream tu. 2-3xsapu ok dah.

ayueismail said...

Sis tq for sharing...dr ape yg sis cerita,,sy sdg mgalami mslh yg sma mcm sis skrg..malu nk berjumpa org..mcm2 sy dh cuba..sy akan try ini pula