Wednesday, August 5, 2015

Berhari Raya Pada 16 Syawal


Sabtu lepas dapat byk jemputan beraya.
Pagi tu jugak cousin Zaf anak Mak Su bertunang.
Mak Su dok kat Penang,
bertunang ngan orang kelana jaya.
Dekat la kami nak pegi ;)
Pukul 10 pagi dah keluar umah
berkumpul ahli keluarga
sebelum ke umah pengantin.
Tak amik pun gambar kat sana.
Ariq buat hal tak nak masuk dlm umah. :(

Lepas habis kenduri,
kami singgah jap Paradigm Mall.
Aliah tak benti2 mintak beli crown.
Nak jadi princess katanya.



Susah betul nak suh dia pose.



Kusyuk Ariq tgk orang tumbuk2.
Daddy dia pun sama layan.
Dah namanya lelakikan.
Lama gak tgk sampai habis round.



Punya la tawaf satu Paradigm
demi nak mencari crown dia ni.
Dah la ai pakai heels
sakit giler kakiku huhuhu

Dah dekat habis jalan
baru jumpa kedai Balloon Buzz tak silap.
Kedai jual barang2 birthday party tu kan.
Akhirnya dapat la beli crown dia tu.
RM10 baru berbaloi,
kalau patah pun takde terkilan.



dan dan terus nak pakai.
Suka hati la nak,
janji tak bising dah kan.



Dari Paradigm gi beraya umah Anna.
Yeyyy dapat gak gi umah dia.
Sejak dia pindah dari KD
lama tak jumpa.
Takde dah geng nak melepak minum tau :(

Blur plak gambar makanan ni.
Ada satay, lemang dan rendang.



Seriously sedap giler rendang daging itu.
Lemang pun sedap.
Punya la makan byk.
Zaf pun bertambah2 haha
Sian satay tak laku.
Makan sket je.
Tapi satay tu pun sedap jugak.

Sblom balik wajibla bergambar ngan tuan rumah.
Thanks Anna sudi buatkan makan2
tuk kami sekeluarga.
Terharu sangat tau.
Tahun depan nak datang lagi.
Buat rendang sedap tu tau.



Dari umah Anna terus ke umah Pak Sedara Zaf.
Uncle Fuad kat Puchong.
Mak2 sedara situ semua dari Penang,
turun KL sbb cousin Zaf tunangkan.
Depan tu moyang anak2.
Tak kuat dah.



Borak2 jap, lepas Maghrib
terus ke satu umah lagi,
umah cousin ai plak.
Time ni sebenarnya dah tak larat sgt,
tp gigih jugak la pegi.
Nama pun beraya setahun sekali.
Bergambar pun tidak,
penat sangat.
Lepak sampai kul 11malam.
Pukul 12 sampai umah.
Jalan punya la jem hari Sabtu tu,
dari siang sampai ke tengah malam.

Kesimpulan beraya hari Sabtu lepas.
4 rumah 1 shopping mall.
Kelana Jaya > Paradigm > Bandar Nusaputra > Pusat Bandar Puchong > Ampang
Sekian.

3 comments:

annapeje said...

amboi pricesss ...kalo camneh mmg berbaloi kalo beli yg 40rm pon x per pakai sentiasa ..nasib x mintak pakai kat skool ahahaha ..tq weh korang dtg beraya kat umah hehe insyALLAH kalau mak mertua larat nk masak rending lagi wakakka

Zaila Mohamad said...

sekali lagi aku salute dengan kegigihan mung!

Has78 said...

amboi princess. comel pulak tgk crown tu