Tuesday, January 21, 2014

Mengecat bilik


Tak sampai setahun dah dua kali ai mengecat bilik anak-anak ini. Mata ai sejenis yang tak boleh tengok benda tak patut ada, contohnya dinding berconteng. Kalau nampak terasa sakitnya hati dan rimas. Setiap kali masuk bilik anak ini geram je rasa.



Nak dimarah pun tak guna. Tetap anak-anak ini conteng juga. Cakap lah berapa banyak kali pun, berbuih mulut membebel. Buat letih je :p Conteng ini pun bermula sejak Zahra bersekolah, bila pensel warna diletaknya bersepah. Jadi adik-adiknya apa lagi, yang bijak pandai tu gatal tangan. Terutamanya Aliah, bab "kreatif" ini serahkan pada dia. Dan sekarang Ariq mengikut dia pula, tengok Aliah lukis kat dinding, dia pun join sama. Bila dah tiap-tiap hari masuk bilik dorang ini, ai pun terus ke dapur ambil cat. Terus buat sendiri, kalau nak tunggu enZaf 10 tahun pun belum tentu buat hahaha.. Tapi ai tak la cat satu dinding, cat pada bahagian yang diconteng sahaja.



Cuba juga sebelum cat tu, ai lap dengan kain basah. Dengan wet wipes sampai ke pemadam pun ai cuba. Ada yang boleh hilang, ada juga yang susah nak hilang. Akhir sekali ai guna cat je lah, lagi senang tak perlu buang masa. Masa tengah mengecat tu nampak macam selekeh je dinding tu. Bila cat dah mula kering, barulah nampak elok dan cantik. Itu pun masih nampak contengan lagi kalau diperhatikan betul-betul. At least hati ai tak lah sakit sangat dari conteng yang sebelumnya hehe..



Dah elok ni ai nak tengok berapa lama kebersihan dinding ini boleh bertahan. Setakat ini asal conteng je ai tak banyak cakap, terus cat saja. Nak marah-marah pun buat sakit kepala sahaja, tak pasal-pasal pula dapat darah tinggi.

10 comments:

SemuaTentangKita said...

Hahaha..aku memahami mu T :')
mmg geram tp itu pn dikira proses pembelajaran diorang kan. So redha je la walaupun ikut hati nak babab je tangan tu..

Sidratul Muntaha said...

kami biarkan je..
malas nak cat..
lantok..
lelama benti la bebudak tu
hihihi

annapeje said...

Haha kadang try nk positif tp meracau gaks gigil tahan marah ahaha ...baru nk puji upanya cat sket jew kahkah

~ain said...

hahaha.. sama je macam masa kita kecik2 dulu.. emak ayah dah malas nak layan. dibiarkan aje. Mak panggil hasil seni.. hahah

Bila anak2 dah besar2 baru cat semula..

attyfir said...

kalau pakai cat yg leh lap2 tu ..boleh ke yati.. kalo dah kena conteng leh ilang ke.

Nurhayati said...

bilik dorang yati xpakai glossy cat tu kakty. tp kt living dining pakai glossy. mmg senang kalau conteng lap je hilang. patutnya bilik dorang pakai tu jugakkan tp ntah nape zaf xbeli tu pun xtau hehe

Nurhayati said...

memula tu mmg biarkan wt tak tau. tp mata ni xleh tahan. rs rimas hehe

Nurhayati said...

kan. aku mmg redha dorang conteng. bila dah byk sgt conteng n mood rajin, amik cat sapu je la :)

Nurhayati said...

ala puji la walaupun sikit. penat jugak tau haha

Nurhayati said...

standard la dinding kena contengkan :)