Thursday, January 16, 2014

Pengalaman Menyusukan Ariq


Yey pagi2 dah dapat good news.
One of my closed friend Anna
baru je bersalin Subuh td.
Paling best dapat baby girl.
Akhirnya setelah 2 hero dah dpt girl.
Anna welcome to the club of mak anak 3 haha

Bila dgr pasal baby ni.
Mula la teringat mcm2
dan perasaan yg xbole digambarkan.
Antaranya perasaan menyusukan anak.
Sangat gembira, teruja, takut
dan macam2 lagi.

Pengalaman masa menyusukan Ariq
waktu dlm pantang.
Sgt tak bole dilupakan.
First time dapat anak lelaki.
Dan dia sangat kuat minum susu.
Sikit2 menempel je.

Dalam masa yg sama berapa kali
ai kena bengkak susu.
YaAllah azabnya.
Sape pernah kena tau la camne rasakan.
Tiap kali bengkak susu,
time tu jugak ai demam.
Menggigil sampai sakit tulang.
Bagi susu pam susu perah susu
semua cukup.
Tapi susu yg dipam dan perah,
kebanyakkan buang je,
Ariq taknak minum pakai botol langsung.

Lagi satu yg menyeramkan bila ingat,
tang nipple crack.
MasyaAllah nak nangis ok.
Eh bukan nak nangis
memang nangis dah.
Ariq kan tak nak botol.
Nak taknak suakan jugak la kat mulut dia.
Sambil dia minum
sambil tu la menitik air mata.
Kaki badan terangkat2 menahan sakit,
tiap kali dia sedut.
Masa tu takde rasa seronok menyusukan langsung.
Rasa nak dia cepat2 la habiskan minum tu
huarghhhh
Banyak kali gak crack,
memang cream Medela Purelan 100 tu
teman baik sepanjang berpantang.

Lagi satu pengalaman menyusukan Ariq,
ai xbole langsung menyusukan dia
dalam keadaan baring.
Kena duduk je.
Seyes ok sangat penat dan stress.
Nak nak time malam kita penat
nak tido.
Bila baring dia macam tak minum betul,
dan mula la bengkak susu balik.
Bape kali buat pun sama huhu.

Lepas tempoh pantang selesai,
segala proses penyusuan berjalan dgn baik.
Alhamdulillah dah 1 tahun 7bulan Ariq
masih menyusu badan.

Itu la setiap anak tak samakan.
Setiap mereka ada pengalaman tersendiri.
Ape pun semua tu membuatkan kita
semakin kasih dan sayang pada anak.
sanggup ape saja
yang terbaik demi anak2.

3 comments:

Eliss Mie said...

memang setiap anak tu tak sama kan. begitu jugak rezeki dlm penyusan..sobsss..nayla 6 bulan jer merasa susu ibu lps tu x nak langsung susu ibu.

CikPuanHaLia said...

Moga pengorbanan mummy berbaloi..

annapeje said...

Aku neh tengah sakit menahan menyusukan afrina sambil baca blog ko ahaha first sedutan tue ya Allah sakitnya lps tue ok sket