Minggu lepas dah cerita perihal tentang melipat baju [link]. Hari ini nak cerita berkenaan menyusun baju pula :) Sebelum ini ai hanya susun baju yang sudah dilipat secara bertindan iaitu bertingkat. Rasanya cara itu cara yang kebanyakkan orang biasa buatkan. Kali ini ai susun baju berlainan sedikit. Itu pun gara-gara tengok kat Facebook. Gambar di bawah ini hasil dari teknik ai tiru itu.
Itu adalah drawer baju Aliah. Nak beritahu teknik ini merupakan teknik terbaik untuk menyusun baju di dalam drawer secara efektif. Selain dapat menyimpan lebih banyak pakaian, ia juga lebih tersusun dan kemas. Tapi ai buat ini tiada lah sekemas mana pun hahaha... Lupa pula nak snap gambar sebelum.
Susun macam ini juga lebih menyenangkan untuk kita pilih pakaian yang hendak dipakai. Senang nampakkan. Sebenarnya kalau kita susun baju yang bertingkat itu pun elok juga. Kalau betul-betul susun memang cantik. Tapi sedia maklumlah kalau tangan anak-anak yang ambil baju, bila nak tarik satu baju tu habis dengan yang lain-lain pun tertarik sama. Terkeluar tu satu hal, susunan tu pun dah jadi senget benget. Kalau dorang sendiri betulkan balik tak apa juga, ini kita juga yang kena buat. Dah diri sendiri sakit hati. Ai ni pula memang tak boleh kalau sesuatu barang tu tak tersusun dengan elok. Kalau letak kat tempat yang tak betul pun ai tak boleh, jadi sakit mata. Nanti mula lah rasa nak marah saja :p Kalau bab susun baju ai memang suka tapi bab nak melipat baju tu huhu.. kena cari mood okay, bercinta sungguhla rasa bila nak buat tu.

6 comments:
Kreatif n mudah macam ni ya
oke nk tiru la wat camneh..ahahha ko x per la zara tolong aku x der sapa tolong lipat tolong sepahkan ramai uwaaa
haah..has pun susun cam ni if dlm drawer. senang nk nmpk.
samalah .. paling malas lipat baju .
Aku pn..mmg paling tk gemar lipat baju..
kagums aku denganmu, drawer anak-anak aku yang beli di Ikea semua dah habis rosak sebab diorang tolak tarik kuat sangat, skrg semua baju susun dlm raga biasa sajork
Post a Comment