Thursday, December 19, 2013

Menyakiti dalam Keterujaan


Kadangkala keterujaan kita itu
bole membuatkan hati seseorang tersentuh.
Dgn kata lain tersinggung tanpa kita sedari.
Hakikatnya niat kita adalah untuk berkongsi saat itu.

Setiap orang
inginkan kebahagiaan
inginkan kesempurnaan
ingin apa yg diidamkan
inginkan segala2nya.
Namun kesemuanya tiada yg kekal abadi.

Kita tidak sedar,
keterujaan kita bila bercerita
perihal ibubapa
sedangkan ada teman kita yg sudah tiada orgtuanya.

Kita tidak sedar,
keterujaan kita bila bercerita
perihal pasangan,
sedangkan ada sahabat kita masih belum bertemu jodoh.

Kita tidak sedar,
keterujaan kita bila bercerita
perihal anak-anak,
sedangkan ada pasangan yg blom mempunyai cahaya mata.

Kita tidak sedar,
keterujaan kita bila bercerita
perihal kerjaya
sedangkan ada di luar sana masih tercari2.

Kita tidak sedar,
keterujaan kita bila bercerita
perihal kehidupan
seperti barangan/makanan/percutian,
sedangkan ada mereka2 yg xmampu memiliki.

Maafkan diriku sekiranya ada yg terasa.
Bukan niat untuk menyinggung perasaan orang lain.
Tapi sekadar coretan perjalanan hidupku ini
untuk kenangan masa hadapan.

Lumrah kehidupan bahawa kita
tidak dpt dan tidak akan dpt memuaskan hati semua.
Apa yg kita buat
betul atau tidak
tetap akan diperkatakan oleh org.
Yang penting adalah nawaitu kita.

Hidup kita ini umpama roda.
Ada masa kita di atas,
dan sekelip mata juga kita bole berada di bawah.
Setiap kita juga telah ditetapkan rezeki
dan bahagian masing2.
Sentiasalah berdoa
supaya kita menjadi insan yg sentiasa
mensyukuri nikmat & pemberian dari yang maha Esa.

*Peringatan untuk diri sendiri*

p/s: jarang benor ai nak bermadah pujangga ni
macam tak percaya haha
(sambil kelip2 mata)

4 comments:

annapeje said...

aku suka mudah pujangga ko neh ahaha yer la x semua yg kita buat or org buat kita suka or org suka ...hadapilah ari2 mendatang dgn seadanya wakaka

CikPuanHaLia said...

Betulll..wlupn kita xde niat nk menyakiti kan..kota xtau masalah orang. Aku pn nk minta maaf jgk klu2 ada yg mengusik hati. Good entry!

Has said...

suka n3 ni. nnt has share pasal " mengapa kita sekranga?"..baru abis baca satu buku ni.

DaZzlingLilLy said...

memang btul apa yg yati madahkan kt atas ni..tapi kita cuma mampu mintak maaf je lah kot org terasa tanpa kita sedari