Wednesday, December 4, 2013

Pekena teh tarik


Waktu cuaca sejuk-sejuk memang elok sangatlah pekena teh tarik. Minum panas-panas tu memang best je rasa. Kebetulan lepas solat Maghrib enZaf tak ada kerja, saja-saja la ai ajak dia keluar pergi minum. Sekali dia kata okay, ape lagi laju-laju la kita bersiap haha... Tempat yang sesuai nak pergi minum teh tarik, ke mamak la kita. Kami ke Restoran Di Naina. Laju order Teh Tarik & Milo Tarik.



enZaf makan Roti Canai Telur Bawang. Tebal roti dia dan sedap. Boleh pula dia makan bawang kalau dengan roti canai. Kalau makan lain atau pun lauk yang ada bawang, dia kuis-kuis je bawang tepi pinggan. Pelik betul :)



Ai pula makan Butter Cheese Naan.



Dah ada naan harus la ada Ayam Tandoori.



Zahra dia nak makan roti canai. Sekarang ini dah cuti sekolah, bukan main seronok dia sebab dapat tidur lambat. Buat masa ini memang Mummy pun bagi green light dia buat apa dia nak. Tetapi next week dah tak boleh main sangat sebab Mummy dah sediakan schedule untuk dia. Lama sangat dah tak mengadap buku :p



Gambar kat bawah ini muka Aliah yang tengah merajuk sebab Daddy dia tak order air Milo untuknya hehehe.. Terlupa sebenarnya, bila air Milo tu dah sampai terus hilang muka merajuk tu.



Ariq pula tengah kusyuk main cars dia. Minat betul dengan Hot Wheels. Bawa sikit je dari rumah, ikutkan nak bawa semua.



My banker bergerak. Senang hidupkan heret dia ke mana sahaja :p



Pagi ni ai akan hantar dia ke airport, dia nak pergi Jakarta sampai hari Jumaat. Kalau ke Jakarta tu memang main Golf semata.

3 comments:

Dee said...

hujan2 ni ngeteh mmg syiok sis..

annapeje said...

hoho terliur plak tgk cheese nan ko tue smlm x jd mkn mlm neh la wakaka..ko anto kat subang ke klia ahahha

attyfir said...

sedapnya teh tarik..lama dah tak pekena.