Salam Nuzul Al-Quran 1434H kawan2.
Hari ni Selangor cuti.
Sesapa yg cuti selamat bercuti,
tapi pada yg kena kerja,
selamat bekerja :)
Tadi sahur nasib baik sedar dan sempat masak.
Lauk Ayam Kicap, sayur campur dan telur dadar.
Zaf kata banyak kali kejut
ai x bangun2.
Penat sangat la tu kan :p
Pas Subuh tadi cam biasa sambung baca al-Quran.
Harini dah masuk surah Maryam :)
Memandangkan cuti plan cam nak shopping baju raya anak2.
Plan sendiri baru, tak bgtau Zaf pun lagi hehe
Semalam mcm dia cakap ada keje.
Harap2 tak jadila kan.
Dan tahun ni gak first time nak belikan
baju melayu tuk Ariq.
Tahun lepas tak pakai,
sbb dia baru 3 bulan, kecik sgt.
So tahun ni best la nak melaramkan dia
ngan samping songkok
sambil jalan terkedek2 hihi
Pada yg ada anak lelaki
dan biasa beli baju melayu anak2,
sila la rekemenkan beli kat mana ek.
Hari ni Selangor cuti.
Sesapa yg cuti selamat bercuti,
tapi pada yg kena kerja,
selamat bekerja :)
Tadi sahur nasib baik sedar dan sempat masak.
Lauk Ayam Kicap, sayur campur dan telur dadar.
Zaf kata banyak kali kejut
ai x bangun2.
Penat sangat la tu kan :p
Pas Subuh tadi cam biasa sambung baca al-Quran.
Harini dah masuk surah Maryam :)
Memandangkan cuti plan cam nak shopping baju raya anak2.
Plan sendiri baru, tak bgtau Zaf pun lagi hehe
Semalam mcm dia cakap ada keje.
Harap2 tak jadila kan.
Dan tahun ni gak first time nak belikan
baju melayu tuk Ariq.
Tahun lepas tak pakai,
sbb dia baru 3 bulan, kecik sgt.
So tahun ni best la nak melaramkan dia
ngan samping songkok
sambil jalan terkedek2 hihi
Pada yg ada anak lelaki
dan biasa beli baju melayu anak2,
sila la rekemenkan beli kat mana ek.
Nuzul Al-Quran
Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)
*petikan dari http://www.islam.gov.my
1 comment:
i pegi beli omar ali taman tun jerk sbb sng nk pilih x ramai org n slesa pastu kalo oter baju jgn risau ari raya pertama pg tue dia bukak kedai ahaha
Post a Comment