Friday, September 7, 2012

Memang betul pun kan

Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI
Bila jadi baik, ORANG MELUAT
Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM
Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH.. APA LAH NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?"
Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA
Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN
Bila kita tegur dengan baik, ada orang k...ata kita ni BAJET BAGUS
Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR
Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR'
Bila kita pakai 'dedah sana-sini' ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free
Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!"
Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?"
Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?"
Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?"

Dan sebenarnya ramai orang lain
tak berpuas hati dengan diri kita.
Apa yang kita buat semua salah.
Semuanya tak betul di mata mereka.
Kalau buat salah sudah tentunya salah,
tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata.
Keputusan yang kita ambil,
langkah yang kita mula.
perkara pertama yang perlu kita fikirkan
ialah pandangan ALLAH SWT terhadap kita,
bukan pandangan manusia yang diciptakan oleh ALLAH SWT.
dan kita takkan boleh tutup mulut orang sampai dia mati.


4 comments:

DaZzlingLilLy said...

setuju..kita takkan dapat puaskan hati semua org sampai bila2 pun..cuma kita sbg manusia kena sentiasa berusaha utk memperbaiki diri..

Has said...

well said yati...

fiza said...

Betul3x.

CikPuanHaLia said...

memang betul sangat. Org ni kalau dah tak suka kt kita apa kita buat semua tak elok di mata dia. Bg aku, selagi aku tak buat dosa tantak p la kt dia..hihih