Friday, September 21, 2012

Ariq: 3 Bulan


Smalam Ariq dah masuk 3 bulan.
Tetiba rasa kejap je.
Jaga Ariq kali ni
100% jaga sendiri,
dari bersalin, masa pantang
sampai la skang.
Macam2 perasaan ada,
sangat puas dan
pasti semuanya berbaloi

Ariq si ikan emas.
Bak kata Zaf,
sbb pipinya kembung cam ikan emas.
Sabar je la haku.



Sangat suka senyum.
Dan suka ketawa bila diagah.
Nak plak akak Zara dia yg agah,
kemain berdekek dia.

Minum susu jgn kata la,
setiap jam hokeh.
Dia suka minum sikit tp byk kali.
Kalau dia sorang okay la melayan.
Nih nak uruskan akak2 dorang,
agak susah la jugak.

Suka berjaga malam.
Boleh tak tido 6jam straight.
Dari pukul 12am sampai subuh :((

Suka duduk, pastu sibuk tolak badan ke depan.
Macam dah kuat sangat taknak sandar2.

Ape lagi ek,
tetiba tak leh pikir dah haha

Susah betul nak amik gambar bertiga.
Zara mmg bole diharapkan sesangat.
Dia jaga Ariq sampai tertido budak tu.



Aliah jgn buat main.
Tak bole lepa tgk dia,
kang ada je usik Ariq tu ;)

Kelam kabut jugak ai menjaga anak2 ni.
Memang tak cukup tangan.
Terkejar2 nak buat keje umah.
Bila tensen tu mula la rasa nak amik maid.
Tp bila emosi dah stabil rasa tak payah plakkan.
Ape pun puas hati dapat tgk anak membesar depan mata ni. :)

4 comments:

fiza said...

Bolat pipi ariq. Happy 3 months old baby >_<.

Samalah kita noks. Agak kelam kabut dgn 3 anak nih. TU baru 3, klo lebih...perghhh...aliah sama macam qahirah, tak boleh lepa sket. Tetiba jer kang dah menangis adik di kerjakannya.

zailamohamad said...

geram nak cubit hokey!

anak laki memang kuat berjaga malam kot..aku rasa haziq & ashraf dulu selalu bangun malam..tak sabar rasa nak bersalin, harap2 aku pon dapat berpantang dengan aman ntok anak ke 4 ni..hehe

DaZzlingLilLy said...

tomelnya ariq..bolat pipi best nak kiss and cubit2 ni..hehe

atty's said...

ariq ensem boy :)