Tuesday, December 13, 2011

Gambar Paspot Anak

Ni kejadian masa nak wat passport Aliah
sblom kami gi Singapore.

Aliah sorang yg masih blom ada paspot lagi.
Jadinya pagi2 lagi,
ai dah kejut kan anak2.
Adik okay sket,
tapi kalau Zara aduhai seksa
nak suh bangun pagi.

Kami wat kat cawangan Shah Alam.
Macam sblom2 ni, mmg ramai betul manusia.
Walaupun ramai nasib kaunter laju.
Itu pun sempat gak la anak2 ni wat
drama kat dlm jabatan imigresen :(

Ni pic masa nak amik gambar Aliah.
Nasib dia okay.



Tapi akaknya huarghhh
mengaruk tak ingat.
Yer la kejut kan dia pagi,
harus la bad mood jer.
dekat 1jam jugak okey,
nak pujuk dia bergambar.

Tengokla muka cengeng dia huhu



Akak Zara ni kena renew gambar,
sbb pic kat paspot dia gambar
masa 8 bulan.
harus la berubah muka

Dah setel submit borang,
kena tunggu 2 jam tuk siap.
Kami gi lepak kat SACC mall.
huh time menunggu 2 jam tu,
sorang2 wat perangai.
Stress mak.

Hello kitty tu adik punya.
Tapi akak sibuk nak gak.
Org dah moodykan.
ape pun tak kena, layan kan aje :)

2 comments:

Joy said...

cute2nye anak dara pn yati kita nih..

@nnap3jelov3b@by@qiL said...

comel jew wpon cembeng ahahaha