Thursday, September 8, 2011

Puasa 6 dan puasa qada'




Soalan:
Minta penjelasan...puasa mana yang perlu diutamakan dahulu...samada lebih afdal melakukan puasa qada' dahulu atau puasa 6???

Jawapan:
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Jika ditanya yang mana dulu, sudah tentu perkara WAJIB mendahului perkara SUNNAT. Didalam kes Qadha' puasa berbanding dengan Puasa enam, sudah tentu mengQadha' puasa lebih afdal dilakukan, kecuali bagi kaum perempuan, ada beberapa ulama' berpandangan bahawa jika masa TERHAD, ditakuti bulan Syawwal berlalu, maka dibolehkan berpuasa 6 dahulu dan diikuti dengan puasa Qadha' menurut Syiekh Ibn Utsaimin. [Sharh al-Mumthi' 6/448].

Sabda Nabi :-

من صام رمضان ثم أتبعه بست من شوال فكأنما صام الدهر
"Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan berpuasa 6 hari di bulan Syawwal, seolah-olah dia telah berpuasa tahun"

Jika dihalusi hadith diatas yang menjelaskan fadhilat Puasa 6, ia menunjukkan kepada suatu ganjaran yang diberikan kepada orang Islam yang telah cukup sebulan berpuasa Ramadhan. Menurut Ibn Utsaimin rh, umum mengetahui bahawa barangsiapa yang masih berhutang puasa Ramadhan tidak dianggap telah berpuasa Ramadhan sehingga ia mengqadha' hari-hari yang ditinggalkan [Fataawa al-Siyaam. ms 438].

dipetik dari
al-ahkam.net







InsyaAllah, minggu depan ai start berpuasa ganti.
hope lepas tu sempat buat puasa 6.


6 comments:

attyfir said...

kty ari ni last posa ganti..nextweek start pose 6 insyallah

SemuaTentangKita said...

yup..betul. Kena buat yg wajib dulu then baru ambik yg sunat. Ada org yg silap dia niat utk dua2 sekali. sebenarnya tak boleh..

Dee said...

insyaallah..minggu depan pun dee start ganti puasa..dan puasa 6 sekaligus..

Zaila Mohamad said...

hari ni hari ke2 puasa ganti..uhuk uhuk..chaiyyok!! chaiyyok!!

thanks for sharing this yati;)

Puan Ninie said...

alhamdulillah..mummy pose ye?:)

BAYU HEBAT SDN. BHD said...

dugaan ganti puasa dibulan syawal amat besar! nak nak kalu duduk bdekatan dgn pantry opis :p