Wednesday, September 21, 2011

Batas-batas Dalam Berhias




Dipetik dari website JAKIM.

Hadith:
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Allah mengutuk wanita yang bertatu atau minta ditatu, wanita yang mencukur alis dan mereka yang meminta dicukur alis mereka, wanita yang membentuk giginya agar kelihatan cantik dan mereka yang mengubah ciptaan Allah.

Huraian Hadith:
i) Maksud mengubah ciptaan Allah s.w.t. ialah membuat perubahan pada ciptaan Allah S.W.T yang telah sempurna secara pandangan umum dan adat atas dasar tidak berpuas hati dengan anugerah itu, bukan kerana memperbaiki atau memulihkan kecacatan.

ii) Mencabut bulu kening yang merupakan anugerah dan ciptaan Allah S.W.T. yang sempurna dan membuat atau melukis bulu kening yang baharu selepas itu agar menepati cita rasa sendiri supaya kelihatan lebih cantik, menawan dan bergaya adalah perbuatan yang haram di sisi Islam.

iii) Jika perbuatan mencabut bulu kening itu disebabkan ia tumbuh berselerak dan tidak kemas yang amat teruk, maka hal ini tidaklah termasuk dalam erti kata mengubah ciptaan Allah S.W.T. Lagipun jika yang dicabut itu hanyalah yang berselerak dan bukan termasuk bulu yang dipanggil kening serta tidak membuat lukisan semula terhadapnya. Ini dilakukan atas dasar menjaga kekemasan diri bukan kerana tidak puas hati dengan ciptaan Allah S.W.T kerana Allah S.W.T itu cantik dan sukakan kecantikan.

iv) Hanya rawatan ke atas penyakit yang tidak boleh sembuh dengan sendirinya sahaja yang diharuskan seperti memasang gigi palsu di tempat gigi yang rongak (bukan mematahkan gigi dan menggantikannya dengan yang lain), mengatur susunan gigi yang tidak tersusun (tapi bukan mengasah atau mengikir), memakai ubat supaya rambut tumbuh di tempat yang botak (bukan memakai rambut palsu), memakai ubat untuk membuang jeragat pada kulit (bukan membuat pembedahan plastik atau memakai bahan kimia untuk menukar warna kulit), memakai inai, syampu atau gel pada rambut atau janggut supaya lebih segar dan terurus (bukan mewarnakannya dengan cat atau spray) dan sebagainya sebagai perbezaan antara merawat/menjaga keaslian ciptaan Allah S.W.T dengan mengubah ciptaan-Nya di mana merawat/menjaga itu adalah HARUS manakala mengubahnya adalah HARAM.

v) Diri manusia dan segala makhluk di alam ini adalah hak mutlak Allah S.W.T, Oleh itu kita hendaklah mematuhi segala hukum dan kehendak agama dengan baik. Janganlah tertipu dan terpengaruh dengan tabiat orang yang suka menurut hawa nafsunya disebabkan sikap tidak bersyukur dan tidak berpuas hati dengan ciptaan dan anugerah Allah di mana sikap ini sebenarnya merupakan sikap yang diwarisi daripada syaitan.







.
.
.
.
.
.

Diriku mengaku sblom ini pernah mencabut dan mencukur kening.
Skarang tak buat dah.
rasanya dekat setahun lebih dah kot.
Alhamdulillah.

Kalerkan rambut pun pernah.
Itu pun sekali, lama dah time pas habis blajar.
Walaupun produk tu tulis halal.
tapi diriku tetap was was bila pakai.
Takut solat kita atau mandi wajib kita tak diterimakan.

dan sekarang menyesal dah ape yg dilakukan huhu
Diriku taknak hidup dlm keadaan yang sentiasa dilaknat oleh Allah. :(
Nauzubillah...

Kadang2 ai rasa ada perkara yg ai nak sangat,
berusaha bagai nak rak tapi tak dapat2.
Mungkin ini lah salah satu sebab yg kadang2
kita buat tak perasan sebenarnya salah,
yang membolehkan Allah itu tak makbulkan doa kita.
Dia mahu kita lihat balik dlm diri kita.
Mana yang tak betul, mana yang kurang,
mana yang patut dan tak patut.
Wah banyak plak bebelnya yer hihi

Diriku ini tidak la alim sangat,
tapi diriku cuba berusaha utk menjadi terbaik disisi Allah.
Banyak lagi yg perlu diperbetulkan.
Kita sama2 berusaha yer.
Chayok chayok



1 comment:

Sidratul Muntaha said...

orang mengakui kelemahan dan kesilapannya dalma amal ibadat itu taubatnya lebih diterima Allah kerana keikhlasannya..
quote dari ustaz kat usrah uia nih..
apepun,baguslah tie..
kita jdi penimbang dan contoh buat anak2..
nak2 anak perempuan...
aku jer yg tak boleh buang sifat bengis aku kadang - kadang..
huhuhu