Saturday, January 2, 2016

Star Wars Movie


Krismas lepas tak de plan ape,
tapi tetap keluar rumah gak hihi
plan santai2 je gi makan.
Kalini lunch kat Restoran Sari Ratu.



Habis makan Zaf ajak gi tgk wayang.
Pegi pun dekat je kat Strand Mall.

Anak2 ni mintak tgk Star Wars.
Layankan aje la.



Start bila ntah rasanya 2minggu lebih kot,
dorang ni nak star wars star wars.
Ni semua gara2 marketing kat mall,
bersepah2 pasal movie ni.
Lama2 terpengaruh budak2 ni nak tgk.
Memang hebat marketing korang,
berjaya sangat sampai anakku pun nak tgk.
Padahal bukan citer kartun pun.

Lambat lagi movie start,
gi masuk Sam's Groceria.
Kalau dah masuk situ,
dari takde nak membeli ada je la belinya.
Tau2 penuh troli.
Nasib troli jenis kecik,
kalau troli macam Giant tu rasanya Zaf pun taknak masuk haha

Dia mmg suka belek kat tempat eskrem,
feveret dia.
Beli2 nanti ai leh tumpang sama.



Sementara menunggu Daddy dorang
solat Asar,
harusla bergambar.



Mummy pun nak jugak.
Tq akak Zara snapkan pic ni.



Masing2 dah excited nak tgk Star Wars.



Ai is boring sbb bukan minat ngan Star Wars ni.
Bila tgk pun byk blur,
ni sapa ni sapa huhuhu
Tapi blur2 pun habis gak la tgk

Yang best budak2 ni.
Zara siap tutup mata bila part2
gaduh tembak menembak,
dia bukan bole tgk aksi camni,
kalau ada darah bagai lagi la,
kat rumah tgk tv camtu laju je
lari masuk bilik.

Aliah plak sekejap2 pegi kat Daddy dia
nak duduk atas riba.
Tapi Daddy tak layan,
suh duduk balik sebelah akaknya.

Ariq plak dia layan,
tapi separuh jalan je la.
Tau tau dia dah tido lepas tu.

Habis je movie tu,
ai saja la tanya lagi kat dorang ni.
Nak tgk lagi tak Star Wars.
Laju je Aliah Zara cakap No hahahaha
Ha amik nak sangat tgk Star Warskan.

Ni citer Alvin & The Chipmunks tak tgk lagi.
Citer tu dorang tak perasan plak.
Kalau tak konpem ajak.

1 comment:

Qaseh Suhaida said...

Selamat tahun baru...