Thursday, January 14, 2016

Cuti2 Di Kuantan


Cerita tahun lepas tak habis2 lagi.
Malas nak belek gambar sebenarnya huhu
Ni pun paksa diri buat,
tuk simpan kenangan punya pasal.

Masa Krismas lepas,
Zaf tetiba cakap jom kita gi Kuantan esok.
Pastu dia kata call abah tanya
nak ikut tak.
Laju je la ai callkan,
dan pasti lah jawapan abah pun laju gak.
Okay hahahaha
Bawak mak ngan abah je jejalan.
Adik2 dok umah ;p

On the way nak ke Kuantan,
singgah Temerloh.
Makan tghari kat sana.
Singgah Gerai Makan Pak Usop.
Tak sempat plak amik gambar kedainya.
Tapi sedih tak dapat merasa
ikan patin masak tempoyak.
Dah habis tapi tgh masak tuk 2nd round.
Nak menunggu lg 40minit katanya.
Mak ai baru tghari dah masak 2nd round,
mmg ramai orang pun kat situ,
tak putus org keluar masuk,
meja pun full.
Kami tak tunggu pun la 40minit,
makan je apa yg ada.
Nak tunggu tempatnya panas,
bawak budak2 ni bukan bole lama,
kang rimas mengaruk plak.

Ai amik ikan patin goreng.



Serious makan yg goreng ni pun dah sedap.
Isi ikannya lembut dan fresh sgt.
Aliah pun suka makan seketul dia sorang je.

Pas makan sambung perjalanan,
ni la tempat kami tido 2 malam.
Swiss Garden Resort Residences. [link]



Cantik langit biru.
Kami try tempat baru plak.
Sblm ni tido kat Swiss Garden Beach Resort.
Dekat2 je beach resort ngan resort residence ni.

Sampai2 tak leh check-in lagi,
Bilik blom siap,
jadinya kami ke gerai2 depan resort ni.
Minum petang pekena kopok lekor,
sata, air kelapa..
nyamannya hehe



Bergambar kat lobi.
Kecik je lobi area.
Simple sangat.



Gambar kenangan Mak Tok & Tok Abah
bersama cucu-cucunya.
Happy anak2 sbb tok ikut.



Nama tempat ni residence
so dalamnya mcm rumah la.
Ada living hall,
bilik dapur bagai.



Kita boleh pilih nak studio, satu bilik,
2 bilik ke 3 bilik ke.
Ikut berapa ramai kita la kan.

Kemain lagi Zara Aliah dah pilih katil.



Petang sket kami turun bawah,
anak2 dah tak sabar nak mandi kat pool.
Selagi tak turun,
selagi tu la tanya pukul berapa nak turun huhuh

Ramai gak orang masih stay kat sini,
ingatkan habis krismas ramai balik.
Takde makna hahaha
Selagi cuti sekolah selagi tu la ramai manusia kan.



Teringin plak tgk slide tempat pool dalam tu.
Ajak Zaf takmonya dia.
Nak layan sorang2 boring la plakkan.



Jadinya kita mandi kat pool budak je.
Ai naik slide situ hahahaha
Ofkos la bawak Zara Aliah & Ariq,
ikut turn sorang2.



Ariq takut ngan air jatuh dari baldi giant kat atas.
Ape la hero penakut.



Seronok dapat layan anak2 mandi.
Bukan anak2 je ai pun seronok sama hehe.



Mak Tok & Tok Abah plak,
bersantai tepi pool :)

So far puas hati la ngan tempat ni.
Baru la kan,
semuanya masih elok hahah
Cuma breakfast je tak byk pilihan.
Tapi okay la bole makan.
Nak tau details lagi pasal
Swiss-Garden Resort Residence ni
sila la gi websitenya. [link]

1 comment: