Monday, January 11, 2016

Hari Pertama Persekolahan 2016


Alhamdulilah selesai dah minggu pertama
sekolah tahun ni kan.
Ni pun dah nak masuk pertenghan bulan 1.
Sangat-sangat cepat masa berlalu.

Seperti yang dijangka,
Zara mmg takde masalah nak ke sekolah.
Dia sebenarnya tak sabar nak masuk sekolah.
Rindu kat kawan2 la tu.

Lambat sampai sekolah,
ai sempat la snap satu dua gambar
sebelum berlari ke perhimpunan hehe
Ariq & Aliah ada ngan Daddy dia
tgh parking kereta,
masa ni ai je sorang hantar Zara.



Sampai kat tapak perhimpunan
tau tau kelas dia dah bergerak ke kelas,
sampai kat tangga
ada cikgu bgtau parents tak leh naik.
Jadi ai hantar dia kat tangga je la huhu

Frust gak la tak dapat teman dia sampai depan kelas.
Skali Zaf dtg tgk ai kenapa tercegat kat situ,
dia kata pegi la naik.
Ai ckp cikgu tak bagi.
Dia kata naik je.
Jadi menurut perintah suami,
ai pun naik je cari Zara dlm kelas hehe



Bukan ai sorang je ada.
Rupanya ada la dlm 2-3 orang lagi parents
ada kat kelas.
Pergh ada la geng melawan peraturan rupanya hahaha
Naik atas pun sebab saja nak amik gambar dia.
Sedih tak sempat nak gambar berdua ngan Zara.

habis tgk dia dan ai pun
dah puas hati tgk kelas dia.
Balik rumah.
Masa kat rumah setelkan keje rumah sket,
pastu ai keluar balik gi sekolah Zara
tgk dia time rehat plak.
Saje je menjenguk anak,
kat rumah pun dah takde menda nak buat.

Sementara tunggu akak dia
layankan dorang ni makan n minum.
Rehat pertama Tahun 1 & 3.
Kemudian baru Tahun 2.



Gambar ngan kawan baik Zara,
Ariq & Aliah nyibuk menyelit.



Yey Mummy dapat bergambar ngan Zara.
Simpan satu wat kenangan hari pertama.



Masa ni ai tak bape sihat,
selesema.
Tisu sentiasa ada kat tangan.
Hidung dah merah2 asik kena tenyeh.
Selesema ni buat badan letih,
tambah plak ngan cuaca panas terik.
Peluh tu jgn cakap,
habis basah lencun.

3 comments:

Eliss Mie said...

zara makin comel. eliss x tengok kelas my nuha darjah 2 ni. abah nyer jer hari tu gi ngintai tengok dia naik van.

Nurhayati said...

Zara ni siap request nak naik van sbb bole sesama ngan kawan. Takde maknanya nak bagi, nanti boring la mummy tak keluar rumah hahaha

annapeje said...

Amboi nak kene rotan mak neh ahahaha