Wednesday, January 13, 2016

Magnum Cafe


First time ai pegi iOi City Mall.
Menarik gak tempatnya.
Ikutkan sebenarnya kitaorg nak
gi Ikea baru kat Cheras tu.
Bila dah sampai sana ya ampun,
tgk kereta macam semut nak masuk parking,
blom parking lagi baru kat luar.
Zaf tgk terus cakap taknak masuk.
Gi tempat lain.
Itu yang kami ke iOi ni. :)

Jalan2 nampak Magnum,
Zaf ajak gi makan situ.
Ape lagi okay je la ai.
Tak pernah lagi makan kat sini.

Sempat la suh anak2 ni posing depan
giant eskrem.



Suruh dorang buat2 nak makan
tapi masing2 cam ape segan ke tak reti :p



Zara pun sama malu2.



Masuk dalam tengok menu.
Semua gambar dalam menu semua ai nak haha
Gambar tu menarik je kan.



Sementara makan sampai,
harusla amik gambar.



Dah amik gambar,
Ariq plak nak bergambar.
Siap cakap Mummy!! Ariq Ariq plak. :)



Ni staff situ rekemen
Magnum Cheese Crepe.



Presentation mmg cantik,
tapi hampeh tak sedap pun.
Cream yogurt tu semua
seyes tak masuk ngan tekak ai.
Crepe tu pun tak sedap.
Yg habis eskrem dia je.

Pic bawah ni ai order,
tak ingat sgt nama ape,
Triple Chocolate Cookies gitu la.



Nasib baik yg ni sedap.
Terubat la hati dek kerana cheese crepe tu.

Gelagat anak2 kat dalam kedai.
Memang wat cam rumah sendiri.
Sorang kacau Daddy dia,
yang kanan sekali tu baring2,
tinggal tak guling je.



Aliah ada kat hujung kiri tu
sibuk tgk cermin.
Princesskan kemain lagi melaram ape ntah.

So misi nak merasa kat Magnum dah tercapai,
nak kata sedap sgt2 tu takde la.
Tak dtg lagi makan situ pun takpe,
sedap lagi DipnDip.
Tapi pasni nak cuba beli eskrem dia je
yg leh buh topping macam2 tu kan.

Habis makan kat Magnum,
sambung jalan lagi dlm mall ni,
nampak District 21.
Bole tgk dalam ape aktiviti dlm tu,
macam menarik je nak cuba.
Zara pun siap request nak masuk dlm.



Next time kita pegi ye nak.
Mummy pun nak try gak aktiviti situ hihi

Dinner kami try makan kat Nathan's Famous.



Tuk ai biasa2 jugak.
Tak sedap mana.

Kedainya berdepan ngan tempat ice skating,
Zara Aliah sibuk ajak main tu.
Malas nak layan.
Sbb ai sorang je leh skate,
masa muda ai main roller blade.
Last ai main ice skating kat sunway pyramid,
zaman matrikulasi, tahun 1998/99 gitu.
lama dah.

Zaf plak tak reti nak main.
Dia dulu layan skate board.
Minah Roller Blade vs Mamat Skate Board ahahaha

3 comments:

lia ummiirfan said...

banyak kali dah sampai IOI City Mall ni tapi tak pernah try lagi Magnum ni.. hehe..

Eliss Mie said...

baik beli jer aiskrim magnum yer lagi berbaloi. nampak macam roti canai pun ada crepe nyer tu..hehehe

annapeje said...

wahh dah sampai ioi hehe tah la magnum neh sbb dah tua ice creamkan tapi dip2 memang x leh lupa sdp galosh bila nk melepak dip2 ngan ko plak huhu