Monday, September 2, 2013

Penyanyi YouTube


Semalam bila Zaf ajak keluar saja ai tukar style pakai tudung. Kali ini mencuba pakai shawl. Shawl ini dah lama beli tapi tak pernah pakai. Beli masa anak sorang lagi rasanya. Murah je beli harganya dalam RM10 sahaja satu helai. Beli je pakai tak pandai sebab tak tahu macam mana nak lilit-lilit shawl hehehe.. Masa nak keluar rumah, tiba-tiba Zaf cakap "Eh! you pakai tudung ini sama macam sorang penyanyi tu. Ai pun tanyalah macam siapa, dia jawab tak ingat nama tapi macam sorang penyanyi Youtube tu. Aii pun jawab balik macam Najwa Latif ke.. baru dia ingat dan cakap ha macam dia.



Gambar atas tu ai snap sebelum keluar rumah. Elok lagi rupa shawl tu terletak. Padahal masa ini nak keluar pergi Giant je pun, nak membeli barang dapur. Belum ada keyakinan lagi nak pergi jauh-jauh dengan shawl ini. Kira macam cuba, try, test gitu la :) Baru sampai kat Giant senget benget dah shawlku ini kena tarik dengan Ariq hahaha... Ai pun dah rasa rimas, serabut dan serabai dengan rambut dah terkeluar. Hilang mood terus. Tapi bila Zaf cakap dia suka dan cantik ai pakai shawl ini terus rasa semangat nak beli shawl lagi. Kena tengok tutorial penggayaan shawl ini kan. Kombang semangkuk eh bermangkuk-mangkuk tingkat bila suami puji ye tak :p

6 comments:

Anonymous said...

mmg cantik pun sis pakai camnih...

annapeje said...

yer la mmg cantik n kiut miut nk2 zaf pujikan haha

Mama Mya said...

Cantik lah... suka tengok.... nampak lain sgt.... :)

Hida Naza said...

Memang cantik lah dek.
Zaf tak tipu

BAYU HEBAT SDN. BHD said...

haah lawa dan kemas aja.

cindyrina said...

gorgeous!!!