Thursday, September 19, 2013

Aktiviti Ahad lepas


Akhirnya dapat ai dan anak-anak jugak ikut enZaf main bola padang Ahad lepas. Sebelum ni padang yang enZaf selalu main tak ada stand. Kalau tak ada memang ai malas nak ikut sebab ada Ariq yang masih kecil ini. Kali ini dia main di Putrajaya. Padang situ ada tempat duduk jadinya tak perlu tanya terus bersiap-siap dan ikut hahaha.. Kali terakhir ai ikut dia pergi padang masa pregnantkan Ariq. Lama dah dalam setahun lebih ai tak mengekor dia hehe... Setakat ini setiap hujung minggu dia akan main bola padang samaada hari Sabtu atau pun Ahad.



Tak ingat ai team dia friendly dengan team mana. Yang ai tahu lawan dia dari budak-budak muda. Result permainan 4-3. Team enZaf menang dan dia dapat score sebiji.



Kusyuk makan sambil tengok Daddy dorang main bola. Anak-anak ini pancing dengan makanan. Sebelum ke padang, wajib singgah kedai dulu beli jajan masing-masing. Bila ada makanan baru duduk diam sikit :)



Nak nak si Ariq ini, dia kalau ada makanan memang behave :p



Dah habis makan barulah dorang ni main. Zahra dan Aliah main naik turun tangga. Sekejap kat atas nanti sekejap lagi kat bawah pula. Gasak la dah buat macam rumah sudah, janji tak ada jatuh dan korang pun tak kacau orang sudah.



Habis enZaf main bola, kami pergi ke Alamanda. Dinner terus di sana.



Kami makan di Secret Recipe. enZaf makan Spaghetti Meatball. Ai pula makan Chicken Lasagna. Manakala Zahra dan Aliah nak makan Spaghetti Carbonara. Tapi masing-masing makan sikit saja. Termasuklah enZaf, penat sangat la tu sampai tak boleh makan banyak. Dan ai lah terpaksa habiskan makanan semua orang huhuhu...


2 comments:

annapeje said...

amboi yati ko penat men bola gaks ker ahahhaha ...comei nyer ariq tue musti tgk skill daddy dia nanti dah beso leh main bola hehe

BAYU HEBAT SDN. BHD said...

yela..nmpk kusyuk btul dorang tgk daddy main bola..