Thursday, November 5, 2015

PROGRAM PENGENALPASTIAN BAKAT (MYTID)


Harini Zara ada Program MYTID.
Dalam bahasa Inggerisnya
Talent Identification Program.
Program Pembangunan Bakat Sukan Akar Umbi Kebangsaan
dari Institut Sukan Negara jaringan kerjasama
Kementerian Pendidikan Malaysia :)

Dapat surat hari Selasanya pasal program ni.



Zara mmg dah minat sukan2 ni,
jadi ai pun izinkan je la.
Lagi pun exam dah habis.
Gi sekolah pun bukan belajar heheh
Lagipun MYTID ni mmg khas tuk umur 7 tahun
iaitu pelajar Tahun 1.
Jadi elok la grab peluang ni.



Semalam masa amik dia kat sekolah,
dia bgtau cikgu pesan pakai kasut sukan.
Masa sekolah wat sukan haritu,
Zara pakai kasut sekolah je [link].
Jadinya kena la beli kasut sukan baru,
sbb yg ada tak leh pakai dah.

Pagi tadi kul 10 pagi dah keluar rumah,
mencari kasut sukan dia.
Pegi Al-Ikhsan dekat Kota ni je.
Tapi sayang kedai ni takde jual kasut budak huhu.



Nak cari tempat lain tak tau mana dekat.
Kat Strand mall rasa cam takde kedai sukan.
Pegi la Tesco Mutiara Damansara.
Situ ada lagi satu outlet al-Ikhsan.

Kasut yg dia nak takde saiz.
Jadinya ai suh SA tu
keluarkan ape aje kasut budak yg ada saiz dia.
Jadi ni la yg dia pilih.



Ohoiii mahal kasut sukan budak ni.
Pitam tgk harga.
Nak taknak kena la beli jugak,
nak cari kedai lain mmg tak dah.
Kesuntukan masa sbb nak amik Aliah kat sekolah plak.

Sempat la melaram jap ngan kasut baru dia. :)



Ni details pasal Program MYTID.
Klik gambar tuk besarkan.






Nak lebih details
boleh visit ISN Website [link]

1 comment:

annapeje said...

wahh zara terpilih yer ...haaa siap kasut baru oke ahaha aqil x masok pon sbb dia semput kahkah ...sekolah dia minggu lepas siap dapat free breakfast dgn lunch nasi ayam tau hehe