Friday, November 27, 2015

35 Years Old!


Pada hari Ahad yang lepas, umur ai dah masuk 35 tahun. Macam tak percaya je umur dah pertengahan 30-an. Rasa macam 20-an je lagi hahaha... very the perasankan :p enZaf bawa ai dan anak-anak di Avenue K. Dia ajak kami makan kat Restoran Dolly Dim Sum.



Pertama kali ai makan di sini tapi macam biasa la dia dah banyak kali makan kat sini :p Boyfriendku yang berbaju hijau tu :)



My girls pula sibuk bermain toys My Little Pony.



Tak tahu enZaf order apa, ai ikutkan saja. Tahu makan je kan.



Antara makanan yang diorder dan ai masih ingat nama makanannya :) Har Gao, Roasted BBQ Bun, Crystal Prawn Dumpling dan Egg Custard Bun.



Bagi ai semua makanan atas meja ini sedap. Ai paling suka Egg Custard Bun.. tengah menaip ini pun terliur rasa nak makan lagi. Nampak macam sikit tapi membuatkan perut kita kekenyangan. enZaf ada juga order seafood Yee Mee. Sedap juga yang ini.



Lagi satu Royal Golden Fried Rice. Tak sempat nak snap gambar, yang ini Ariq begitu kusyuk makan sambil membebel tak tahu apa haha.. nak cakap sedap sangat agaknya.



Sempat juga ai mengintai meja orang lain, kebanyakkannya mesti ada order fried rice ni. Memang betul sedap la kan sebab ramai orang suka. Untuk pencuci mulut enZaf order Churros untuk ai. Sebelah restoran Dolly Dim Sum ini ada kedai makan namanya Fresca. Dibolehkan order menu dari Fresca ini di bawa makan dalam Dolly kalau nak. Bagus betul servisnya.



Rupa-rupanya sebelah meja kami ada sambut harijadi juga sama tarikh dengan ai. Yang meja itu siap menyanyi lagu birthday lagi hihihi.. Ai tengok birthday girl tu bergambar tengah pegang paper bag Prada. Apa lagi ai terus la main mata dengan enZaf suruh dia tengok apa birthday girl itu pegang. Bagi hint la konon mana lah tahu dapat juga kan. Laju je enZaf cakap tak ada duit hahaha... Lepas selesai makan, kami berjalan-jalan dalam dalam Avenue K ini. First time juga masuk dalam mall ini, kecil sahaja tempatnya tapi okay la bersih dan selesa. Shoplot tak ada yang menarik di mata ai. Kalau nak membeli barang lagi baik pergi KLCC sahaja, Avenue K ini terletak berhadapan dengan KLCC. Dah pusing habis satu mall terus kami keluar. Sempat lagi ajak anak-anak bergambar sementara menunggu Daddy dorang bawa kereta.



Hai la bila tengok gambar diri sendiri, dah kembang semangkuk. Lama tak berjoging. Badan pun dah seperti di pump-pump dengan jayanya. Untung la pada sesiapa yang tak exercise pun badan masih boleh selim melim :((



Okaylah, mari kita mengorek semula baju, seluar dan kasut joging. Bersawang dah agaknya hehe.. Kita korek bawa keluar je dulu, bila nak joging itu kita tunggu seru rajin tu datang sambil mulut mengunyah makanan tak habis-habis hahaha..

3 comments:

Fiza Rahman said...

Happy belated birthday babe. Yg penting muka maintain 20 an ☺☺

Unknown said...

happy belated birthday babe..maintain cun jer ;)

annapeje said...

aaaaa lama x bukak blog sampai x perasan besday ko uwaaaa happy besday lagi skalik ahahah ...aritue tgk bloger apple tue mkn kat sini pon Nampak sedapppp...tapi peje x mkn kot makanan mcm neh huhu dlm mimpi la nk pg :P