Monday, March 16, 2015

Mee Udang Sungai Dua


Jumaat lepas kami ke Penang.
Gerak pukul 8 lebih tunggu Zara habis sekolah.
Hari Sabtu ada kenduri kawin, cousin Zaf.
Sampai pukul 2 pagi.
Punya la byk kereta atas highway.
Tido kat Butterworth
Hotel Chariton dulu nama Ecotel.
2 bintang je hotel ni,
tp not bad, cantik bersih.
Jadila nak tido je pun kan.
Dekat nak pegi kat dewan kawin nanti.

Petang lepas kenduri tu,
alang2 pegi Sungai Dua.
Takde la awal dah lewat petang gak la.
Kul 6 lebih dah pun.
Gi pekena mee udang.
Tau la cuti sekolah,
merata2 ramai org.
Tak tau mana sedap.
Kita try makan kat Aziz Mee Pak Ngah.



Sementara menunggu mee udang sampai.
Order satay n sotong kangkung.



Suka sotong kangkung ni.
Kuahnya pedas2 manis.



Sampai dah mee udang.
Kuahnya sedap.



Elok makan waktu siang.
Bila dah malam,
ada serangga2 halus apa kat lampu.
Sebelahnya sawah padi.
Yang budak2 ni dah menjerit2
serangga tu terbang2
ingat nak gigit haha sabar je la.
Bukan apa,
nak makan tak bape selesa,
tau2 terbang masuk dlm air,
dlm kuah mee udang. ;)

Habis makan,
singgah umah tok kejap.
Lepak sana borak2.
Pastu balik hotel tido.

3 comments:

Eliss said...

sedap pulak nampak mee udang tu...

DaZzlingLilLy said...

nampak sedap sangat mee udang tu..heheh kelakar part anak2 yati takut serangga tu..tepi sawah kan normal la serangga kecik2 tu kerumun lampu time mlm

annapeje said...

ahaha anak bandar camtue la hehehe amboi jalan makan makan jalan ahahaha