Thursday, April 10, 2014

Seafood kat Tanjung Lumpur


Waktu malam pula kami pekena seafood di Tanjung Lumpur, Kuantan. Pada mula nak makan di restoran kegemaran enZaf tapi kedainya tutup pula pada hari Ahad. Tak ingat apa nama kedai tu. Disebabkan tutup kami pergi sahaja mana-mana restoran yang berdekatan di situ. Tak silap ai nama restoran ini Super Top. Masa dalam perjalanan mencari makan, kesemua anak-anak tidur dalam kereta. Kepenatan sangat mereka ini. Bila berhenti sahaja kereta hanya Aliah sahaja yang bangun, yang lain semua tak sedar sudah. Paling susah nak kejutkan Ariq. Puas la suruh bangun tak juga bangun-bangun hehehe..



Dah masuk dalam kedai pun tak bangun juga. Tak mampu nak buka mata agaknya hahaha.. Zahra pun sama juga. Ai suruh dia baring terus atas kerusi. Duduk asik senget nak jatuh saja :p



Ini adalah lauk yg diorder oleh enZaf. Ai tengok dah macam makan lima orang, punya lah banyak tapi yang nak makan hanya dua orang sahaja. . Anak-anak pula tidur, habislah ai yang kena habiskan.



Ikan ape entah dia ambil, pertama kali nak mencuba ini.



Gambar di bawah ini Ketam masak rempah agaknya. Ai pun dah ingat-ingat lupa :p



Udang pun ada juga, macam masak butter eh ke salted egg haha.. ai memang lupa sudah.



Tapi gambar bawah ini ai ingat Sotong goreng tepung hehehe... kalau makan seafood wajib ada gitu.



Lala masak cili.



Memang banyak betul lauk dan kenyang sungguh. Sangat mengundang kegemukan dan kolestrol ni huhu... Nasib sekali sekala sahaja kami makan macam ini. Kesemua lauknya sedap. Selesai makan kami terus balik dan terbongkang. Zahra dan Ariq sampai ke sudah tidur, Aliah sahaja yang makan itu pun sikit sahaja.

1 comment:

annapeje said...

Telan2 airlio dah baca n3 neh ahaha suka la tue haha kalo peje konpem x nk pg sbb anak2 tebongkang tdo camneh dah la ank dia kuat amukan :P