Makan, makan dan makan lagi hihi.. kalau dah berjalan itulah motifnya kan. Kali ini kami ke Kemaman pula. Dah alang-alang bercuti di Kuantan macam rugi pula tak singgah ke sana. Kami makan di Warong Aziz Satar untuk makan petang.
Wajiblah ambil Satar bila dah makan di Warong Aziz Satar dan ambil sedikit Pulut Panggang.
Kepok Leko, yang ini anak-anak memang lajulah makan :)
Sotong Goreng Tepung.
Gambar di bawah ini adalah Mee Calong. Pertama kali ai nak mencuba. Agak pedas juga supnya, tak boleh nak habiskan.
Tak pasti sama ada sup itu memang sedia pedas atau pun boleh diasingkan. Yang pasti dalam supnya itu banyak dengan lada hitam. Sesuai sangat orang pantang makan ini tapi tak elok jugakan sebab pedas hehe.. Selesai makan kami balik dan sambung mandi laut.
Keesokkan harinya sebelum kami balik ke Kuala Lumpur, singgah semula ke Kemaman. Kali ini makan di Warong Che Wan pula. Lokasi warongnya berdekatan sahaja dengan Warong Aziz Satar juga. Dekat-dekat saja. Beza Satar Che Wan dengan Aziz ini adalah kepedasannya. Pada yang suka pedas boleh singgah di Aziz Satar manakala Satar di Che Wan kurang pedas dan ianya lebih kepada manis :)

3 comments:
aiseh terliurlah pula
alamak mak buyung mengidam huhu..
Wah2 mkn sakan neh namanya ahaha amboi cekcik nyer anak2 dara ahaha
Post a Comment