Wednesday, August 21, 2013

Tahlil Dan Birthday Mak Lang


Pada hari Jumaat yang lepas, kami pergi ke rumah Mak Lang lepas solat Maghrib. Banyak betul Mak Lang masak antara menu makanan yang disediakan ialah soto ayam, mingkiam, satay, dan macam-macam lagi. Eh satay tu bukan Mak Lang masak, order katanya hehehe...



Sebenarnya kami sampai lambat sebab petangnya enZaf main golf. Semua orang dah makan yang tinggal hanya kami saja. Terasa di layan seperti vvip gitu hihi..



Ambil gambar sepupuku yang cantik, sebelah kanan itu Yana. Dia study di Manchester, ambil jurusan medic. Sekarang tengah summer break itu yang dia balik, kena pula dengan waktu puasa dan raya. Rezeki dapat berjumpa dan beraya bersama :) Yang sebelah kiri pula ialah Fatin, sedang belajar juga di UTM Skudai. Tengah cuti semester dalam 3 bulan.



Seronok ai dapat jumpa Aira. Susah betul nak jumpa anak buah seorang ini. Bila duduk berjauhan macam itulah kan. Dapat jumpa bila ada special event sahaja. Ai tak ada pula gambar beraya dengan dia huhuhu..



Gambar di bawah ini adalah sepupuku bernama Nadiah. Tahun ini dia ambil SPM, tak lama lagi tu dah. Itu yang gigih study walaupun orang tengah beraya. Target 9A1 gitu. Untuk pengetahuan, sepupu-sepupuku ini semuanya pandai-pandai. Exam semua A kalau A jenis A1, tak agak-agak okay. Berbeza betul dengan sepupu lagi satu yang panggi Kak Long (ai la tu) banyak sangat main. Mujur dapat masuk universiti juga hahahaa...



Lepas semua selesai makan, barulah majlis tahlil dimulakan. Tak ingat siapa yang bawa majlis ini, macam Abah ke Pak Lang :)



Selesai bacaan tahlil, kami semua celebrate hari jadi Mak Lang yang ke-55 tahun. Umur dah banyak masih nampak muda lagi hihi.. Happy Birthday Mak Lang!! Semoga Mak Lang diberi sihat berpanjangan dan dilimpahi rahmat Allah S.W.T.



Setiap kali birthday macam biasalah keadaannya, anak-anakku pasti buat havoc. Tak kiralah siapa punya birthday pasti claim birthday dorang juga terutamanya Aliah. Dia akan menangis kalau tak dapat tiup lilin tu. Ya ampun bikin malu ai hahaha.. Dah terpaksa pasangkan semula lilin tu untuk dia tiup. Tapi sebelum itu kenalah menyanyi lagu hari jadi untuk dia. Yang tengah menganga mulut luas tu sepupuku yang paling kecil, Aida. Sekarang dia darjah 3, berkawan dengan Zahra kira geng dia lah yang ada. Ikutkan Aida itu aunty bagi Zahra tapi dia tak bagi Zahra panggil aunty, suruh panggil akak Aida je hahaha...



Mummy tolong tiupkan lilin dari belakang. Kalau ai tak tolong ni, sampai sudah tak padam. Tak pasal pula lilin cair atas kek nanti. Tak pun penuh dengan air liur je kat atas kek tu :p



Kami bergambar beramai-ramai sebelum pulang. Ini adalah adik-beradik Abah. Ada enam adik beradik tapi yang ada ini lima sahaja. Lagi satu keluarga Pak Cik tak dapat hadir ada hal yang tak mengizinkan.



Gambar di bawah ini ai bergambar bersama sepupu-sepupu. Sepupu ai semuanya muda sebab itu lah dorang ni semua panggil ai Kak Long. Yang Sulong dalam anak, sepupu dan cucu :) Umur dorang ini banyaknya bermula dari adik ai yang nombor tiga iaitu Nani. Dorang ni memang best sebab ramai sebaya disebab itu dorang selalu keluar lepak bersama. Sepupu lelaki yang pakai shirt kotak-kotak dan seorang lagi sepupu lelaki yang tengah pegang Aliah itu, dua-duanya dari Korea. Seorang tengah study dan seorang lagi sudah bekerja di sana. Tahun lepas yang study tu tak dapat balik, tahun ini dapat balik. Seronok sebab tahun ini semua ada.




Sepupu perempuan kaki bergambar, pantang nampak camera laju je semua pose. Kalau buka Instagram tu memang penuh muka dorang saja hehehe.. Yang berbaju kurung biru itu anak Mak Lang, Amira. Dia baru sahaja habis Matrikulasi. Keputusan setiap semester amatlah membanggakan, dapat Anugerah Dekan memanjang. Pitam ai dengar, makan apa pun tak tahu pandai sangatlah dorang ni. Hebat sungguh! InsyaAllah bulan depan Amira akan memasuk ke Universiti Malaya. Tak silap ai dia ambil jurusan Sains Komputer. Semoga dia berjaya dengan cemerlang.



Sebelah Amira itu, Amalina. InsyaAllah dia akan sambung belajar di overseas juga. Di UK tapi ai tak sure area mana. Yang pasti ambil jurusan ekonomi. Dapat scholarship dari Bank Negara. Untung habis belajar ada kerja dah kan. Baiklah, semua gambar di atas ini kredit kepada Amira, ai ambil di Facebooknya. Thank you Amira!!!

5 comments:

annapeje said...

soto..i like huhu eh ko kurus banyak la weh huhu jeless

Sidratul Muntaha said...

makan dan makan lagi
rezeki
huhuuhh

attyfir said...

hapenning je..semua pun happy

Fiza Rahman said...

Meriahnya.

BAYU HEBAT SDN. BHD said...

haah la..yati dah kurus sgt..hampir x cam lak. yati yg pakai tudung pink blow candle dgn aliah