Friday, August 10, 2012

Baju Raya

Raya tahun ni
ai takde tempah baju.
Tambah plak pikir,
badan pun lom tentu
slim pas pantang,
kang tempah ikut baju lama,
tak muat plak huhuhu

Jadinya ai decide beli ready made je.
Masalah problemnya,
tau la badan ai yg kemetot ni,
walaupun cari xs
tetap ada besar tang sana sini
huhuhuh

Tapi disebabkan takde pilihan,
nak taknak beli la jugakkan.
Kalau tak, takde plak baju baru.
Pas tu kena la alter sket.
Especially tang labuh bajunya.

Smalam gi SACC Mall.
Jenuh cari baju yg berkenan dihati.
Bila dah ready made,
dengan size yg terhad nak cari.
Maka pilih je la kaler baju ape yg ada.
Takdenya nak cari spesifik kaler.

Skang ni tgk fesyen baju
yg jual semuanya jenis kain
yg plain pastu berbeading bagai.
Cantik jua,
tapi memandangkan ada baby ni,
tak kuasa ai nak pakai baju plain.
Confirm nanti baju tu cepat
nampak kedut dan kotor.
Nak plak bila raya,
bukan dok diam..
nak hidang makan minum
layan tetamu bagai.
Pasti berpeluh ketiak semua hihihi

Lain la baju tu pakai
nak gi dinner or ape2 function
yang kita tak berpeluh or wat keje.
Memang sesuai sangat.
Bagi ai la kan..
Uols ai tak tau la..
Ape pun tu pendapat masing2kan ;)

Dan setelah puas
tawaf satu SACC Mall tu.
Dari luar sampai ke dalam.
Akhirnya, dpt jua la
yg berkenan dihati.



Amik kaler gelap sket.
Dgn harapan menutup
lemak degil yang ada hahaha
Sapa yg rasa nak nampak slim,
pilih la kaler gelap :p
Pastu pakai baju kurung je.
Perut buncit makan banyak pun tak nampak.

Baru sehelai, nak cari lagi 2 helai.
Nak 3 pasang baju raya boleh hihi.
EnZaf kata beli sehelai je.
Tahun depan je tempah
byk sket ikut badan senang,
tak yah nak alter2 katanya.

Uols baju raya bape pasang?

8 comments:

atty's said...

tahun ni kty 2 pasang je..

cantik baju yati.. :)

Neeza.Areef said...

cantik..beading dia penuh nmpknya
klu still bf kna bli bj yg boleh wat nyusu senang nk bf kt mana2 pun kan..klu plain tu mmg mudah la becapuk nak2 klu ngn anak2 kecik kan..bj raya bpe pasang? hehe segan

annapeje said...

amboi meriah nyer ahahha kalo nk nampak slim lg kaler hitam weh hehehe

Mrs Linda said...

yg dah ade 3, yg belum amik 3...errr berapa pasang tu? kihkihkih

DaZzlingLilLy said...

i ada dlm 3 pasang..a'ah tahun ni mmg style yg bnyk beading kan..

Zuhaini said...

cantik baju! manik banyak!! hihihih

zuhaini
http://www.my-alia.com

Has said...

3 psg. tapi 1 dah terpakai lak :)

Rozita said...

i tk mmpu bli byk2. mmpu bli selai je..bole?