Wednesday, November 9, 2011

Cara Menentukan Masa Kesuburan Wanita

Pada yang periodnya tak consistent seperti
diriku, sila baca..
kalau yg periodnya ok pun bole je baca gak. :)

Bagaimana mengenalpasti Fertile Window?

Bagi wanita yang mempunyai kitaran haids yang tetap (28 hari kitaran haidnya), fertile window bagi si isteri ialah antara hari ke 10 dan hari ke 15.

Namun bagi wanita yang mempunyai kitaran haids yang tidak teratur, bagaimana pula?

Dengan menggunakan kaedah Menandakan Kalendar, seseorang wanita menggunakan kitaran haids yang lepas sebagai panduan dan mengagak masa kesuburannya.

Bermula dengan menyimpan rekod bertulis kitaran haids selama 8-12 bulan berturut-turut. Tandakan hari pertama pendarahan haids sebagai hari pertama bagi kitaran haids itu.

Pilihan kitaran haids yang paling panjang dan yang paling pendek. Tolakkan 18 daripada kitaran haids yang terpendek, dan ianya adalah hari pertama bagi hari pertama kesuburan. Tolakkan 11 daripada kitaran haids yang terpanjang dan tandakannya sebagai hari terakhir kesuburan.

Contoh:

Mac 29 hari
April 26 hari (kitaran haids terpendek)
May 30 hari
Jun 31 hari (kitaran haids terpanjang)
Julai 30 hari

Dalam contoh ini, kitar haids yang terpendek ialah kitaran haids yang mempunyai 26 hari manakala kitaran haids yang terpanjang ialah yang mempunyai 31 hari. Tolakkan 18 dari 26 hari iaitu hari ke 8 sebagai hari subur yang pertama dan tolakkan 11 dari 31 iaitu hari ke 20 sebagai hari yang terakhir. Maka waktu subur antara hari ke 8 hingga hari ke 20.

Dipetik dari
drzubaidi.com
klik tuk selanjutnya.






Pada kekawan yang guna cara ni,
pastu conceive,
share la ngan ai yer..
nak jugak tumpang gembira sama :)

7 comments:

Puan Ninie said...

alaaa x paham ni mummy..:(

Nurhayati said...

ninie sayang, ape yg xpaham huhu. jom chat kat fb ek.

Hida Naza said...

Dek...ko tengah proses adik aliah ke?

Nurhayati said...

nur: tambah tu kena ada cuma masa tu je xtau bila hihi

4 Kay-E said...

Good info..
But for me, 4 is enough :)

SemuaTentangKita said...

aku pun tak faham tie..tapi aku install app kt fon jer..'dia' yang tolong kira waktu subur untuk aku. Klu nk harap aku kira mmg fail la. Tu yang berderet tu..hihihi

Nurhayati said...

liya: aku pun download apps kat iphone. senang nak tau gak tp selalu x tepat sbb period aku xconsistent. tuk ko yg jenis senang melekat xyah kira hahaha