Thursday, July 15, 2010

Ganti Puasa

Updated*
Alhamdulillah habis gak puasa.
Pas buka tadi baby terus tido agaknye. Senyap je, kekenyangan hehe


Harini ai ganti puasa.
Harap2 takde masalah dan dapat puasa penuh.
Kalau kawan2 ada info pasal ganti puasa tuk wanita mengandung,
share2 la sesama yer..

Petikan dari laman fiqhmedic.


Soalan:

Saya mempunyai satu kemusykilan. Isteri saya semasa Ramadhan nanti dia akan mengandung 7 bulan tetapi dia tidak lg lengkap mengqadha’ puasanya yang lepas.
Soalannya:
1) Jika dia tidak mampu untuk mengqadha’kan puasanya sekarang, adakah boleh dia mengqadha’ puasanya selepas bersalin nanti (selepas raya)? Ini kerana sekarang dia bimbang akan merasa keletihan yang amat sangat apabila berpuasa.

2) Adakah perlu membayar fidyah (menurut pendapat 4 mazhab)?
Diharap mendapat pencerahan secepat mungkin.


Jawapan:
1) Kalaulah pada bulan Ramadhan bukan wajib berpuasa padanya, boleh berbuka kerana uzur mengandung, maka pada bulan selain Ramadhan adalah lebih aula untuk boleh baginya menangguhkan qadha’nya. Jadi, diharuskan untuk menangguhkan qadha’ Ramadhan sehingga hilang keuzurannya.


2) Sekiranya ditangguhkan qadha’ ramadhan sehingga tahun berikutnya, disebabkan oleh uzur seperti sakit sepanjang tahun, atau hamil, atau menyusu sepanjang tahun, maka tidak dikenakan fidyah. Yang wajib hanyalah puasa.

Tapi kalau menangguhkan puasanya tanpa uzur, ada 2 pendapat:


Pertama: Wajib membayar fidyah, iaitu memberi makan kepada seorang untuk satu hari. ini pendapat jumhur ulama, Maliki, Syafie, Hanbali, dan diriwayatkan daripada sebahagian sahabat dan tabien.


Kedua: Tidak perlu membayar fidyah. ini pendapat mazhab Hanafi. Dan ditarjihkan oleh Syeikh Soleh Uthaimin, kerana tiada dalil sahih yang mewajibkan membayar fidyah. Maka kembali kepada hukum asal, iaitu tidak dikenakan apa-apa fidyah.


Wallahu A’lam.

10 comments:

mrsharis said...

info sangat2 berguna. Thanks yati..

AngahSayang2314 said...

thanks info berguna..

tapi masa angah mengandung angah dapat pose penuh cuma 1 hari jer angah tinggal tue pun dah tahap gaban sangat letih & lembik masa tue pun buka dah kul 4 sayang jerrrrrrr

honeylanz said...

has pun pose hari ni. ms mengandungkan ac dulu..Has dapat pose 4 hari aja...jenug mengganti!! tp ms ery tinggal pose 2 hari aja even pregnant 7 bln ;)

FAM said...

insya Allah blh puasa. janji jgn tinggal sahur, bykkan makan kurma & minum air. mmg kalau pregnant kita lesu, tp thru experience, tgh pregnant dan puasa, tenaga jd lebh. both pregnancy I dpt puasa penuh. tak letih tp letih lps terawih. mmg tido je. so, good luck!

MeL MikaiL said...

wah kagum! i dulu pose time pregnant mmg tak larat lah. bila nak menggantinye, umak aiii....

Marsha~ said...

adussshhh.. byk pose tk ganti lagi ni

Dee said...

thx sis..info berguna nih..

Liza said...

since i know i mmg iman lemah, i will ganti puasa masa bulan syawal lagi, lambat nanti mmg tebabas

CiKaYu said...

alhamdulilah yati dpt kongsi info ni bersama...thanx yati..

mummysyafie said...

sib baik puasa tahun lepas dah berganti..

nice info ni..take care yati..jaga diri n kandungan taw