Thursday, December 31, 2009

Entry takde tajuk


Pejam celik, pejam celik, kejap lagi jam 12 pagi dah masuk tahun 2010. Cepat betul masa berlalu sekarang ini kan. Dan umur pun semakin meningkat ;) Tiba-tiba teringat pada gambar sekolah yang telah ditag oleh kawan sekolah rendahku dalam Facebook tadi. Gambar lama sangat ini, ketika darjah 1 di SK Sungai Pelong.



Rasanya boleh agakkan mana satu ai hehehe.. Ai sekolah sekejap saja di sini, dua tahun sahaja lepas itu ikut keluarga berpindah ke Ipoh. Sekolah rendahku ada dua dan sekolah menengahku pun dua juga. Fuh ramai betul kawan hehehe.. Bila pindah semula dari Ipoh ke Sg. Buloh, ai jumpa balik kawan-kawan sekolah rendah ini di sekolah menengah. MasyaAllah tak sangka, dan bila buka cerita balik zaman sekolah rendah tu kami ketawa sampai menitis air mata. Ada yang ingat, ada yang tak ingat langsung hahaha.. Menggamit memori ;)

Apa entah motif entry kali ini pun tak tau. Cuma terasa diri ini dah semakin tua bila tengok gambar lama-lama. Mengimbau kenangan sungguh. Dan bila difikirkan lagi, tak ku sangka sudah berkeluarga dan mempunyai seorang suami yang penyayang dan anak yang cergas dan cerdas. Alhamdulillah syukur kepada Allah. Harapan supaya kami sekeluarga kekal bahagia dan rezeki melimpah ruah pada hari mendatang. Doa yang sama juga untuk kawan-kawan semua :)

Tuesday, December 29, 2009

Crocs

Weekend lepas saje masuk Crocs kat Ikano.
Tetiba mata ni terpandang kasut comel tuk Zara.
Terus suh SA tu pakaikan kat dia. dan terus menerus mummy dia kata ok.
Comel giler Zara pakai.

Nak amik gambar kat kaki dia punye la seksa.. tak leh dok diam.
Dia berjalan berlari sana sini.. abis gambar blur2x huhuh

Presenting Zara first Crocs
Sophia


Mummy pun tak ketinggalan beli gak.
Lily
pakai gi keje.. comel je rasa tetiba kaki ni haha


Dah pilih tuk anak dan diri sendiri,
tetiba ada suara sumbang nak jugak.

En suami pilih Santa Cruz Plaid.
Sesuai katanya nak pakai ngan short pants pas main golf.
Ayat tak bole blah..huhuhu




Monday, December 28, 2009

Borders @ The Curve


Tempat baru melepak Zahra pada hujung minggu. Buat masa ini tak ada lah every weekend tapi sekurang-kurangnya sebulan sekali. Kami sedang berusaha hihi... ;) Suka dengan Borders di The Curve ini, terasa tenang dan aman disebabkan tiada ramai orang.



Setakat ini Zahra memang menunjukkan minatnya pada buku. Bagi sahaja buku memang dia akan belek satu persatu dengan kusyuk. Tak tahu ikut perangai siapa. Kami berdua memang tak berapa ulat buku sangat hahaha...



Muncung-muncung mulut nak menyebut ball ;)



Kami sedang mencuba sedaya upaya untuk bagi galakan kepada dia. Ibubapa mana yang tak suka anaknya bijakkan. Semua orang nak yang terbaik untuk anak-anak.

Sunday, December 27, 2009

Muzium Kucing

Lepas lunch kat Sarawak Cultural Village, gi melawat muzium lak.
Zara la paling seronok. sbb dia pencinta kucing. ;)

Masuk2 muzium ni nampak giant cat.



Kucing Whiskas



Seronok Zara dapat tgk byk cat. Sampai juling bijik mata.
Sepah2 cat sana sini.




Macam2 bentuk dan macam2 rupa



Kubur kucing sape ape ntah. lupa ar.



Antara banyak2 cat dia paling suka kat Hello Kitty.
Lama betul dok perati je barang2 nih.



Beli baju tuk Zara sebagai kenangan kat Muzium Kucing.
Suka giler dia, dah pakai taknak bukak. huhu




Byk cerita pasal kucing, sejarah, baka, dan macam2 lagi.
Ngan pelbagai bentuk rupa kucing.
Sape suka kucing rasa la seronok dlm muzium ni =)

Friday, December 25, 2009

Sarawak Cultural Village

Hari ke-2 waktu pagi kami pegi ke Perkampungan Budaya Sarawak.
Dekat je ngan resort. Jalan kaki saje, ada la dalam 5-10 minit.
Dekat2 pun berpeluh ketiak gak le.. walaupun matahari tak naik lagi
tapi panasnye mak ai tuhan saje yg tahu huhu

Tiket nak masuk RM60 dewasa dan RM30 bagi kanak2 6-12 tahun.
Cam kami semuanye dah ditanggung oleh company so takde masalah ;)



Antara rumah2 yg ada dlm village ni.

Bidayuh Longhouse.
Ai dan Zara tak masuk dlm, sbb ada tengkorak gantung2.
Takut ar, lemah semangat eden ni. Zaf je masuk tgk dalam. huhu



Iban Longhouse.
Panjang sungguh umahnye.Tapi setiap umah dlm tu ruangnye sempit.
Pikir kalau anak ramai, camne la rupanye..mesti riuh rendah.
Jiran sebelah pun leh dengar hehe

Penan Hut.
Kecik je umah dorang, cam pondok. Sbbnya dorang ni jenis berpindah randah,
jadinye tak buat rumah besar2. simple je.

Orang Ulu Longhouse.
Tiang2 kaki umah tu cantik, penuh ngan ukiran2.
Umah ni tinggi giler nak naik. Ni pun ai dok luar je tak kuasa nak menapak naik atas ;)
Kalau ai dok umah ni, sekali naik tak turun dah haha



Melanau Tall House.
Time ni pun lalu depan je.
Tak larat dah nak masuk setiap umah. Nak memanjat lagi. hihi alasan.



Rumah Melayu pun ada gak.
Sama je ngan kita kat semenanjung ni.
Tetiba teringat kat kg lak.. eh eh kg menda.. kg tok pun kat bandar. Takde maknanye.



Chinese Farm House.
Sama gak cam kita.takde beza sangat.

Izinkan tuan tanah nak enterframe sama.
Masa ni bermandi peluh tak ingat. Control cun, cun ke??! haha

Bagi peluang Zara & Daddy sama enterframe.
Zara ada style baru posing.. siap letak tangan kat tiang kayu.
Sambil nonggek.. wah leh masuk majalah Mangga camni, daring you hehehe



Suasana di dalam village ni.. giler nyaman.. byk pokok.




Kat dlm cultural village ni ada Cultural Show gak.
Pelbagai tarian suku kaum dibuat kat hall ni. Sangat menarik.
Byk lagi video tarian, tapi upload satu je la.
Tapi lupa la plak ni tarian ape.. tgk je la :p