Thursday, November 18, 2010

What a day...

Smalam Raya Haji kami amat sedikit hambar.
Sebabnya, malam raya Aliah taknak tido.
Meragam tak tau nape.
Susu dah bagi, ubat kembung dah sapu,
baca yassin, kursi, fatihah, 2 qul semua dah.
Sampai kami bagi ubat demam lagi.
Aliah nak dukung je, dukung tu satu hal, tapi nak dukung berdiri huhuhu
Ai ngan Zaf dah wat marathon pas baton berganti2x..
Giler tak larat dan penat.
Akhirnya Aliah tido gak, tapi kul 11pagi. Amik ko.
Kitaorg pun terbongkang sampai ke petang.
Kul 4lebih baru bangun.
Zara sorang je yg cukup tido dan bangun pagi.
Nasib dia leh bawak diri, layan cartoon sorang2.

Orang beraya pagi2.. kami baru nak beraya kul 6petang.
itu pun masing2 kepala pening, mana taknya, bangun tido bangun tido.
Badan pun rasa sengal dan sembab. :(
Kami hanya balik Sg buloh dulu pastu malam ke taman tun plak.
Umah sedara-mara pun tak pegi huhuhu

Hmm ni je la gambar raya haji kami,
Zahra ntah ape taknak bergambar..
Aliah plak terbongkang, tido tak bangun2.. sampai la pagi ni
Penangan malam raya sampai ke pagi dia tak nak tido kan. :)
Saje je Aliah ni wat drama huhuhu

Monday, November 15, 2010

Movie dan Puzzle

Khamis lepas, ai ada dating ngan kawan blogger Murni.
First time kuar jejalan tinggalkan Aliah sejak bersalin hihi
Ya Ampun Murni, ai lambat sampai Gardens,
almaklumlah lama tak drive, huh wat alasan.. ;)
Disebabkan lambat ai cover ticket kita kan kan kan
Kami tgk wayang kat GSC Signature. Fuh nasib tak ramai org.
Leh bawak anak ni berlari dlm wayang.


Citer Life as we know it ni kelakar dan comel je rasa pelakon2nya.
Nak2 baby Sophie. Rasanya baju dia sponsored by Gap,
sbb kenal je baju2 baby pakai.
Kalau sesapa tak tgk lagi, gi la tgk.
Ada gelak2, nangis2 semua ada.
tak yah citer la.. korang pegi tgk sendiri..
comel2x.. hihihi

Owh Murni beli air mineral kat GSC, botol kecik RM4 satu..
giler mahal.. sabar je la kan.

Hmm.. sblm balik, Murni bagi book kat Zahra.
Puzzle book.. baguskan bagi main puzzle.
Zahra happy dapat buku ni, hari2 main.
Thanks babe..


Anak dara ni kalau main puzzle macam2 gaya..
Mula2 tu sopan je, pastu habis terkangkang sana sini kaki tu..huhuhu



This week minggu terakhir cuti, next week dah start keje balik
huarghhhh malasnya nak masuk opis.. rasa cam tahun depan je la start hehe
Disebabkan itu je, minggu ni mau berjimba sakan.
Pada kekawan jom la joinku berjalan.. jom jom jom

Friday, November 12, 2010

Discount Voucher

Plan minggu depan nak menyopping barang2 baby.
Nak perabiskan voucher yang dapat dari KJMC.

Kalau ada sesapa nak tumpang beli sama, bgtau ek.

Avent 20% discount
Website: http://www.philips.com.my


Bumble Bee 20% discount
Website: http://www.bumblebee.my/


MacLaren 20% discount
Website: http://www.maclarenbaby.com/


Fisher Price, RM50 cash voucher
Only applicable for RM300 and above purchase.
Website: http://www.fisher-price.com/us/default.aspx


Babisil 50% discount
website: http://www.babisil.co.uk



Uish bila tgk product dorang ni, macam2 nak beli.. hihihi
Owh voucher2 ni bole pakai kat Mom's Care je.
Roger2 la padaku, pada sapa nak menyoping skali.
Leh la dapat discount jua kan.

Wednesday, November 10, 2010

Anak-anakku

Gelagat kakak melayan adiknya.
Kat umah pun memang sama macam ni.
Tak bole tgk adik dia aman.
Ada je nak kaco, kekadang sampai nangis adiknya huhu

Kakak sentiasa ada kat sebelah adik dia.
Tgk setiap saat setiap minit.. cam takut adik dia lari
Aliah nya pulak kalau nampak kakak dia kemain suka lagi
senyum2, pastu bunyi2 macam ajak kakak dia bercakap.
cumelllsss :)


Kakak Zahra kalau nak kiss Aliah bukannya cium pakai mulut.
Bagi pipi, dah mcm adik dia plak kena kiss kakak
Sabar je la.


Kakaknya pulak akan bercerita kat adik dia.
Cam story telling.. Aliah plak mmg layan.


Aliah mmg suka kakaknya.


Lega rasa bila kakak Zahra ni bole diharap.
Nasib baik dia jenis tak kasar..
kalau nak pegang adik dia, pelan2 je..
Dan kalau adik dia nangis, buatkan peek-a-boo
tapi Aliah tak diam pun, nangis lagi ada hahaha

Tuesday, November 9, 2010

Bercuti di Thistle Port Dickson Resort


Kami kuar dari umah angin dah kuat nak ujan.
Dlm perjalanan pun ujan sekejap, alhamdulillah sampai PD tak ujan.
Kalau ujan pun rintik2 je tu pun kejap. Lega...

Aliah dari umah sampai la PD tido je.
Kakaknya plak dari umah sampai PD dok bebel2, nyanyi..
Mummy plak migrain, jadinya takde mood huhuhu

Ngam2 sampai hotel, Aliah bangun dgn muka happy.
Macam tau tau je kita berjalankan...

Ni rupa biliknya, amik deluxe king.

Perlukan katil besar, sbb dah berempat :)
Ingatkan nak amik baby cot, tapi tak yah la.

Depan balkoni.

Time ni bersantai kat pantai..
tapi si zahra ni taknak mandi pantai,
dia nak mandi kat pool sbb ada gelongsor.

Sesi memujuk mummynya ke pool.
Tak dok diam ke hulur hilir, runsing hihihi

Suka landskap kat sini, cantik.
Tempat tak ubah cam Guoman gak.
Owh, wat pertama kali bergambar pas pantangkan.

Akhirnya, mandi gak kolam.
Daddy and Zahra naik gelongsor :)

Mereka mandi, mummy makan eskrem kat Glass (Italian Restaurant).

Mandi sampai kecut2, biru2 dah mulut semua.
Itu pun ada hati nak mandi lagi.
Sampai 2 towel besar lilit kat dia dgn baby chair pun lilit sama hihi

Walaupun sekejap je bercuti, tapi rasa seronok sangat.
Bersantai, berspa, bermassage, makan2..
First time berjalan2 ngan Aliah,
memang huru hara dibuatnya. Tak menang tangan.
Nasib baik Aliah malam tido tak meragam..