Tuesday, December 12, 2023

Join Olahraga Sukan Sekolah


Agak terkejut juga ai bila dapat tahu Ariq terpilih dalam larian untuk rumah sukannya. Mana tak terkejut, tak pernah lagi anak-anak ini menyertai olahraga dalam sukan sekolah. Balik dari sekolah laju-laju dia bagi surat ini pada ai.



Eh! baru teringat yang akak Zahra ada juga berlari masa tingkatan 2. Dia masuk 4x200m mewakili homeroomnya. Menang dapat nombor 3 kalau tak silap, yang pasti ada medal. Terlupa nak cerita dalam blog tapi kalau nak tulis balik ni pun dah tak berapa ingat, lama dah huhuhu.. Okay, berbalik pada Ariq. Dia pun masuk acara yang sama juga macam akak Zahra iaitu 4x200m. Setiap rumah hantar dua kumpulan dan Ariq dalam kumpulan ke-dua. Kumpulan pertama pastilah yang lebih laju lagi hehehe... Tak apa lah nak laju ke tidak, Mummy tetap bangga okay dengan Ariq. Tapi sayang Hari Sukan sekolahnya bertindih tarikh dengan tournament Aliah [link]. Tak dapat nak tengok dia berlari, ai dan enZaf terpaksa berpecah antara Aliah dan Ariq. Gambar di bawah ini dari enZaf. Itu pun dah pesan banyak kali untuk ambil gambar. Kalau tak pesan tu, faham-faham saja lah. Dapat 4 keping gambar pun dah bersyukur sangat 😅









enZaf kata lepas habis larian 4x200m itu, Ariq kena lari lagi ganti kawannya yang tidak dapat datang untuk larian 4x100m pula. Wah sekali dua dia dapat lari ya. Walaupun dia dan kawan-kawannya tidak memenangi sebarang medal, kami tetap bangga dengan Ariq 👏. Menang kalah adat bertanding, yang penting dia dapat pengalaman. Mummy dulu pun tak pernah masuk larian masa sekolah rendah hahaha.. Ada beberapa video enZaf ambil tetapi tidak berapa jelas. Jelas ke tak ke kita letak juga lah dalam blog ini. Sekurang-kurangnya ada dari tiadakan hihi..



Tahun lepas hari sukan dia menari, kali ini dia dapat join berlari pula. Sudah upgrade 💪. Ya Allah! sukan dia sebelum ini pun ai tak masukkan lagi dalam blog 😭. Harap-harap rajinlah ai update selalu dalam blog ini, banyak betul missed cerita. Malam ai bawa anak-anak makan di Damansara Class. enZaf tak join sebab dia ada meeting tetapi dia datang lewat sikit untuk bayarkan makanan kami hahahaha...



No comments: