Thursday, December 7, 2023

Berjumpa Sekejap di KLIA


Hari akak Zahra balik dari Taiwan ai kena cirit-birit 😖. Tak tahu salah makan apa sebabnya ai sorang saja yang kena dalam rumah ni huhu.. Jenuh la telan pil chi kit teck aun. Harap-harap hilang lah cirit tu sebelum malam.



Cikgu Inovasinya maklum sampai sahaja di KLIA, kami ibubapa dibenarkan berjumpa dengan anak-anak sebelum mereka bergerak pulang ke asrama. Dalam masa itu juga bolehlah kami bertukar barang terutamanya pakaian kotor anak-anak ini hihi.. Akak Zahra bawa dua beg. Satu beg itu dia dah asingkan siap-siap untuk ai bawa pulang. Sementara menunggu dia ai pun ambillah gambar.



Mukaku yang sembab dengan hitam bawah mata hahaha salahkan cirit birit hehehe... Haish... mujur ya sepanjang dalam KLIA tu ai tak ada rasa nak membuang ke apa 😆. Alhamdulillah. Oh! Thank you Aliah ambilkan gambar.





Ambil gambar enZaf sekeping juga.



Lebih kurang satu jam juga menunggu akak Zahra keluar dari balai ketibaan. Sampai-sampai saja ai tengok muka dia pun dah keletihan, kesian pun ada. Dalam keletihan nampak keseronokkan itu. Satu pengalaman baru buatnya ditambah lagi pergi ke negara orang. Semoga menjadi pengalaman berharga buatnya dia dan kawan-kawannya.



Kami berjumpa sekejap sambil bertukar barang sebelum mereka berangkat pulang. Kami tengok dari jauh saja dia masuk bas. Alhamdulillah semuanya selesai dengan lancar dan baik, lega bila anak dah balik. Baru pergi satu minggu, tak keruan ai dibuatnya. Bayangkan lepas ini kalau ada rezeki dia belajar jauh dan lama nak berjumpa huhu..



Buah tangan dari Taiwan. Keychain untuk adik-adiknya. Ada fridge magnet juga yeayyy... Dia pun beli souvenirs untuk kawan sekolahnya juga 👍.



Akak Zahra ada beli satu makanan namanya Pineapple Cake. Pertama kali dia makan masa mula-mula sampai di Taiwan dan makan di dalam bas. Kiranya welcome treats la kot kan. Ai pun tak tahu kot ada nama yang betul 😅. Akak Zahra kata sedap sangat, itu yang dia beli sebelum balik. Dia belikan juga untuk Atok dan Tok Abah 💕. Sampai-sampai rumah ai terus makan, lebih kurang sama dengan tart nenas kita. Isi sedap, manis itu just nice.



No comments: