Saturday, December 30, 2023

Klinik Asas Hoki

Pertama kali akak Zahra menyertai Klinik Asas Kemahiran Permainan Hoki anjuran Komuniti Hulu Selangor. Dia baru kenal dunia hoki ini masa masuk sekolah menengah, itu pun dah rugi setahun disebabkan pandemik Covid-19. Jadinya bila ada klinik atau apa saja program berkaitan hoki, pastilah dia berminat. Tak ramai pun kawan perempuannya yang sertai sama tetapi kawan-kawan hoki lelaki yang lebih ramai join klinik ini. Program hoki ini adalah satu hari sahaja dan bertempat di Padang Hoki UIA. Gambar di bawah satu ini saja yang ai snap, itu pun masa hantar dia ke padang. Gambar yang lain semuanya dari Whatsapp Group HUSEL.🏑









Terima kasih dan tahniah kepada penganjur dan para jurulatih yang berjaya melaksanakan klinik asas hoki ini. Diharapkan akak Zahra dapat memahami ilmu yang diberi dan mempraktikkan skillnya dengan lebih baik.

Oh ya! sebelum balik rumah, kami singgah breakfast sekejap. Kalau ke UIA waktu pagi, memang singgah Seri Selera MPS Sungai Pusu ini. Setakat ini makanannya sedap juga dan murah 😊







Petang kami datang semula untuk ambil akak Zahra dan terus dia ajak makan sebab lapar katanya. Kami singgah di Q Bistro, nampak macam orang kat bawah ini yang lebih lapar 😜 dan ai diet makan French Toast saja 😅





No comments: