Wednesday, September 6, 2023

Surprise ke Batu Pahat


Tahun ini Hoki Semashur layak menyertai Kejohanan Hoki Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Kebangsaan 2023. Secara tak langsung ia juga merupakan pengalaman pertama buat akak Zahra pergi sampai peringkat tinggi. Kejohanan ini juga berlangsung bahagian Selatan iaitu di Batu Pahat, Johor yang dikendalikan oleh SM Sains Batu Pahat. Sebenarnya akak Zahra tak tahu pun yang ai dan enZaf memang dah merancang untuk tengok dia dalam pertandingan ini dan ai pun tak berjanji dengan dia nak pergi atau tidak disebabkan faktor jarak. Jadi kami akan beri kejutan di Batu Pahat itu nanti :)





Kami bertolak dari rumah dalam pukul 7 pagi dan sampai ke Batu Pahat dalam pukul 10 setengah pagi. Alhamdulillah, perjalanan lancar dan sampai sebelum game pertama bermula. Bila pakai aplikasi Waze ini, entah jalan mana yang kami ikut sampai masuk ke dalam ladang kelapa sawit. Mujurlah waktu siang dan jalannya berturap hahaha.. kalau malam memang tak lalu la kan, seram :p Agak susah juga nak sampai ke padang hoki sekolah ini kerana pintu masuk ke padang dari belakang, dua kali pusing baru jumpa sebabnya nak sampai belakang sekolah ini banyak lorong dan masuk ke dalam kawasan perumahan. Ingatkan kami je yang susah nak cari, orang lain pun sama juga. Masa sampai tu ai dah nampak akak Zahra dan teamnya di bawah pokok, laju-laju ambil gambar. Akak Zahra tak perasan lagi masa ni, masing-masing tengah kusyuk dengar Coach Humaira bagi kata-kata semangat.



Lama sikit barulah akak Zahra perasan, terkejut dia. Tak sangka kami sanggup datang dari jauh. Sempatlah ai ambil beberapa video mereka sementara menunggu giliran.





Masing-masing tu berdebar sebab pertama kali kan join kejohanan besar macam ini. Semua pasukan hebat-hebat belaka. Dah masuk sampai tahap kebangsaan pun ai dah bangga. Adat permainan ada yang menang dan kalah. Paling penting main dengan bersungguh-sungguh, kalau menang bonus. Lagi satu dapat timba pengalaman juga.





Pasukan lelaki bermain di tempat lain. Kali ini tak dapat nak tengok dan sokong mereka. Ada banyak juga video ai ambil masa game berlangsung tapi semuanya jauh-jauh. Bila ambil dekat tak berapa jelas video tu huhu..







Habis game pertama ini, berehat dan bersambung semula pada pukul 4 petang. Kami ke pekan Batu Pahat mencari makan tengahari. Sambung pada entry seterusnya, mata dah mengantuk :p

No comments: