Friday, September 22, 2023

Mencari Laptop di Sg. Wang


enZaf ajak keluar minum berdekatan dengan rumah. Ai pun pakai pakaian ala kadar sahaja. Bila dah masuk kereta, tiba-tiba ajak pergi KL. Sebabnya dia baru teringat nak kena belikan laptop untuk customer huhuhu.. Nak tak nak kita ikut sajalah. Takkan nak patah balik rumah salin baju hahaha.. enZaf pun kata bukan nak pergi mana pun, masuk Sg. Wang saja :p



Dah sampai Sg. Wang enZaf terus ajak makan. Katanya dah alang-alang sampai sini rugi tak makan Nasi Ayam. Lagi pun lama tak makan Nasi Ayam Hainan Chee Meng.







Kedai Nasi Ayam Chee Meng ini tidaklah berhadapan sangat dengan Sg Wang. Kedai makan ini dekat dengan jalan besar, nak parking agak susah. Kalau parking di dalam Sg. Wang kena berjalan sikit. Dah kenyang perut baru lah sambung masuk dalam Sg. Wang semula. Beli laptop mengikut bajet customernya iaitu barangan second hand. Bab-bab second hand ini enZaf memang pandai cari. Sebab itu ramai customer akan minta enZaf belikan.



Agak lama juga la kami kat kedai ini. Nak format dan install beberapa perisian. Saja ajak Qaireen bergambar untuk hilangkan bosan dia. Mummy dia yang selekeh tak bersiap sangat tu pun nak interframe sama hahaha..



Sebelum balik sempatlah singgah beli roti sedikit dan air kopi sebagai bekalan dalam kereta :p Laju-laju ambil gambar bila nampak Menara Warisan Merdeka. Tak pernah tak kagum tengok bangunan tinggi ini.



No comments: