Monday, September 11, 2023

Restoran Masakan Johor


Kami mencuba makan di tempat baru, Restoran Wannah's. Restoran ini terletak di Taman Tun Dr. Ismail. Tak pasti pula bila kedai ini dibuka tapi ai rasa macam baru lagi sebab tak pernah nampak sebelum ini. Waktu ini kami datang untuk makan petang hampir pukul 5.



Rupanya restoran ini menyajikan menu masakan Johor. Haruslah diriku suka :) Kedainya simple, selesa dan bersih. Ai ambil gambar abang Ariq, dia dan air Milo Tabur berpisah tiada. Sebelum ini Ariq panggil Milo Dinosaur hihi..



Ada orang jealous Mummy ambil gambar abang Ariq, jadi terpaksa lah ambil gambar dia juga. Tak lain tak bukan Qaireen hahaha.. Sabar je lah. Padahal Mummy nak ambil gambar air Milo tu :p Qaireen ini ikut mood juga ni, kalau mood tak baik tak ada makna boleh ambil gambar dia.



Aliah makan Lontong Darat atau Lontong Kering.



Abang Ariq makan Kacang Pool tapi di Restoran Wannah's ini ejaannya Kacang Ful :)



enZaf makan Mee Bandung Muar.



Ai semestinya memilih makan Laksa Johor.



Bergambar dengan Qaireen dalam kereta untuk pulang ke rumah. Muka gembira dan kekenyangan.



Okay lah not bad makanan di Restoran Wannah's ini. Laksa Johor paling susah nak dapat sedap. Selalunya kuah laksa itu tak kena dengan tekak. Buat masa ini ada dua tempat Laksa Johor ai suka, Kerisik dan terbaru Wannah's ini. Nanti datang lagi untuk mencuba menu lain pula. Malam kami semua dah tak nak makan berat. Ada yang nak makan roti sahaja dan ai hanya makan jeruk buah, Jeruk Pak Ali :) enZaf beli ketika balik dari outstation di Penang.



No comments: