Wednesday, September 13, 2023

Beli Kek Untuk Aliah


Tahun ini birthday Aliah jatuh pada hari Rabu. Bila birthday hari biasa ini kami selalunya akan tunda makan-makan ke hujung minggu. Oh ya lagi satu tunggu akak Zahra PB (Pulang Bermalam) baru lah kami meraikan bersama. Tak seronok kalau sambut bila tidak cukup corum :) Lambat pun tak apa.



Setiap hari Rabu juga abang Ariq balik lambat disebabkan aktiviti kokurikulum. Masa nak ambil dia tu, ada jualan buku di luar sekolah. Dia minta nak beli buku komik kegemarannya tapi tak cukup duit hihi..



Dari sekolah terus ke Tropicana Gardens Mall. Singgah makan sekejap di Gula Cakery.



Bawa balik kek untuk Aliah dan pasti untuk Mummynya juga hehehe..



Lotus Biscoff Cheesecake kegemaran Aliah, setiap kali makan di Gula Cakery mesti dia nak kek ini. Jadi untuk birthday dia Mummy belikan sebab lama dia tak makan pun.



Kami buat surprise dekat Aliah masa dia balik dari sekolah. Terkejut dia balik-balik ada orang bagi kek. Dia tahu nak sambut birthdaynya tunggu akak Zahra balik cuma tak sangka ada kek juga tarikh harijadi tu hihi.. Ada video enZaf rakam kami bagi kek sambil menyanyi tapi ai tak pakai tudung. Simpan video dalam handphone saja lah :p



Happy Birthday buat anakandaku Qalesya Aliah! Semoga semua impianmu dimakbulkan dan sentiasa dalam rahmat dan redha Allah S.W.T.

No comments: