Monday, September 25, 2023

Makan Petang di Ben's KLCC


Berjalan hujung minggu ke KLCC. Bila dah penat berjalan dan cuci mata, perut pun dah lapar dan rasa nak makan petang. Kami memilih makan di Ben's, kebetulan orang tak ramai. Selalunya kalau lalu depan Ben's ni panjang saja orang beratur.





Kononnya nak makan roti tapi bila order macam-macam pula nak makan hihihi.. enZaf cakap kalau makan dengan korang ni, tak boleh percaya kata makan sikit :p Terima kasih ya enZaf sebab sentiasa melayan tekak dan perut wifenya. Semoga mencurah-curah rezeki buat dia dan kami juga :)















Lepas makan kami sambung lagi berjalan. Tup tup masuk dalam Toy's R Us. Ai tunjuk nak Lego bunga kat bawah ini enZaf laju jawab No hahaha.. Berkenan yang bunga Orkid tu, cantik sangat.



Ada orang tu gembira sebab dapat pow Daddy dia beli mainan.



Sementara menunggu enZaf di cashier, sempat lah ai ambil gambar Aliah satu. Kata dengan dia cantik background sini ada bricks dan ianya sangat blend dengan warna pakaian Aliah :)



Keluar dari Toy's R Us lalu depan kedai Lego. Terus ajak Qaireen bergambar kat logo Lego itu, sama mainan yang dia pow Daddynya iaitu Lego juga hehehe..



No comments: